Hi! Welcome Back and Stay Tune! PBB Kecam Serangan Bom Di Damascus Syria - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

PBB Kecam Serangan Bom Di Damascus Syria

Spread the love

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU – Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres mengecam serangan keganasan di Damascus Syria pada Sabtu dan mereka yang melakukan perbuatan itu “perlu bertanggungjawab”, lapor agensi berita China Xinhua.

“Setiausaha Agung PBB terkejut dengan tindakan tidak bertangungjawab oleh penyerang yang langsung tidak peduli nyawa manusia. Takziah dan simpati kepada mangsa dan keluarga mangsa,” kata jurucakap timbalan PBB dalam kenyataan.

Pada Sabtu dua bom diletupkan berhampiran tanah perkuburan di Shaghour dan dilaporkan seramai 74 orang terbunuh yang kebanyakannya pengganut Syiah.

Kumpulan yang mempunyai kaitan dengan Al Qaeda iaitu Jawatankuasa Pembebasan Levant mengaku bertangungjawab terhadap serangan itu.

Menurut laporan, serangan dilakukan oleh dua pengebom bunuh diri yang mensasarkan pengikut pro-Iran dan pro-kerajaan. – BERNAMA

[embedded content]

Loading…

Spread the love

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mhadb7

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.