Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pukul Teman Wanita, Kecik Hyper Act Dikompaun RM 200 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pukul Teman Wanita, Kecik Hyper Act Dikompaun RM 200

22 Mac 2017. 5.23 PM

1,556

Hiburan

Pukul Teman Wanita, Kecik Hyper Act Dikompaun RM 200
Bekas vokalis kumpulan Hyper Act, Kecik, diperintahkan untuk membayar kompaun sebanyak RM 200 oleh Mahkamah Majistret Selayang selepas mencederakan teman wanitanya, Farah Nurizzati Salleh.

Majistret Iriane Isabelo membuat keputusan itu, selepas kedua-dua pihak bersetuju kes diselesaikan secara bersama mengikut Seksyen 260 Kanun Acara Jenayah.

Terdahulu, Kecik atau nama sebenarnya Muhammad Fauzi Kamaruddin, 22, mengaku bersalah dengan sengaja mendatangkan kecederaan ke atas Farah, 24, di Batu 6 3/4, Kampung Changkat, Gombak, di sini, pada 7.13 malam, 12 Mac lalu.

Dia yang memakai topeng muka selepas prosiding selesai, didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya.

Sementara itu, semasa prosiding mangsa yang berbaju kurung berbunga merah bersetuju supaya kes itu diselesaikan dengan kompaun RM200 dan jumlah itu juga dipersetujui tertuduh.

Timbalan Pendakwa Raya Azhwa Yusrie Mohamad tidak membantah jumlah itu dan menyerahkan kepada budi bicara mahkamah.

Tertuduh membayar kompaun itu.

Sumber: Bernama

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mtnKAO

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

r>r>

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.