Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ramai Tak Tahu Ben Nathan Dah Masuk Islam - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ramai Tak Tahu Ben Nathan Dah Masuk Islam

Spread the love

MUNGKIN tak ramai yang tahu penyanyi Ben Nathan sudah pun memeluk Islam dan beliau menggunakan nama Ben Adam sebagai nama Islamnya.

Ben membuat pengakuan tersebut ketika bersiaran langsung dalam program Selamat Pagi Malaysia, dua hari lalu.

Penyanyi berusia 54 tahun itu menjadi viral baru-baru ini selepas ditemui menjalani kehidupan sebagai seorang gelandangan di jalanan.

Setelah lima tahun menjalani kehidupan gelandangan, Ben telah dibantu pihak berkaitan yang kemudiannya membawanya ke Wad Psikiatri, Hospital Kuala Lumpur sejak 3 Februari lalu berikutan beliau mengalami sedikit kekeliruan dengan dunia nyata dan pertuturannya yang sedikit terbatas.

Dan kini, Ben sudah menunjukkan perkembangan positif dan buat pertama kalinya sejak lima tahun lalu, Ben kembali menghiasi kaca tv selepas dijemput sebagai tetamu jemputan bagi program Selamat Pagi Malaysia siaran RTM.

Dalam program itu, Ben mendendangkan dua lagu hitsnya, Stanza Sekeping Hati dan Tidak Mungkin.

Ben juga menyatakan hasratnya untuk mengerjakan ibadat umrah di tanah Suci Mekah apabila keadaannya semakin baik.

Bagi mengembalikan semangatnya, sebuah konsert anjuran Yayasan Artis 1 Malaysia dengan kerjasama ahli perniagaan Tan Sri Syed Mohd Yusof iaitu Konsert Kasih dan Sayang Ben Nathan bakal diadakan pada 21 Mei depan di Saloma Bistro, Kuala Lumpur.

Semoga bintang Ben terus menyinar seperti mana zaman kegemilangannya sebelum ini dan buat peminat setia Ben jangan lepaskan peluang anda untuk menyaksikan kemunculan semula Ben selepas sekian lama ‘menghilang’. – MYNEWSHUB.CC

[embedded content]


Loading…

Spread the love

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nyJPtC

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.