Hi! Welcome Back and Stay Tune! Saintis Berjaya Tanam Pokok Hidup 30,000 Tahun Lalu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Saintis Berjaya Tanam Pokok Hidup 30,000 Tahun Lalu

MOSCOW: Sekumpulan saintis berjaya menanam dan menghidupkan sejenis pokok yang tumbuh 30,000 tahun lalu, selepas menemui buah-buahan dan biji benihnya terperangkap di dalam salji di Siberia, lapor media.


Silene stenophylla adalah tumbuhan tertua yang pernah dihasilkan semula, kata penyelidik dan ia hidup subur, mengeluarkan bunga putih dan benih yang baik.
“Kami berpendapat perlu untuk meneruskan kajian permafros dalam mencari kolam purba genetik, iaitu kehidupan sedia ada, yang secara hipotisis sudah hilang sejak lama di permukaan bumi,” kata Ketua penyelidik, Svetlana Yashina dari Institut Biofizik Akademik Sains Russia.
Beliau berkata hasil penyelidikan berkenaan membuktikan bahawa permafros berfungsi sebagai depositori semula jadi bagi bentuk kehidupan purba.

Katanya, tumbuhan yang dihidupkan semula itu kelihatan sama dengan versi moden yang masih membesar di sesetengah kawasan di timur laut Siberia.


“Ia tumbuhan yang sesuai dan mampu menyesuaikan diri dengan baik,” katanya kepada Associated Press dalam temubual telefon dari bandar Pushchino di Russia.

Beliau menyuarakan harapan pasukannya mampu meneruskan kerja berkenaan dan menghidupkan semula lebih banyak tumbuhan baru. Hasil penyelidikan disiarkan jurnal ‘Proceedings of the National Academy of Sciences’ Amerika Syarikat.


Pasukan penyelidikan Russia itu menemui buah-buahan berkenaan selepas menyiasat berpuluh fosil sarang haiwan yang tersembunyi dalam deposit ais di tebing Sungai Kolyma di timur laut Siberia, mendap sejak 30,000 hingga 32,000 tahun. – Agensi

KISAH BENAR

The post Saintis Berjaya Tanam Pokok Hidup 30,000 Tahun Lalu appeared first on Berita Viral.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2o6ieAl

✍ Sumber : ☕ Berita Viral


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

r>r>

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.