Hi! Welcome Back and Stay Tune! ‘Saya Mengaku Terus Terang Tak Akan Undi Umno-BN Di PRU14 Nanti’ – Mohd Nakhaie Ahmad - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

‘Saya Mengaku Terus Terang Tak Akan Undi Umno-BN Di PRU14 Nanti’ – Mohd Nakhaie Ahmad

loading…

Bekas ahli Umno Datuk Mohd Nakhaie Ahmad menegaskan, tiada alasan kukuh yang boleh dijadikan sandaran untuk beliau terus mengundi BN dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

'Saya Mengaku Terus Terang Tak Akan Undi Umno-BN Di PRU14 Nanti' - Mohd Nakhaie Ahmad
‘Saya Mengaku Terus Terang Tak Akan Undi Umno-BN Di PRU14 Nanti’ – Mohd Nakhaie Ahmad

Beliau yang keluar daripada Pas dan menyertai Umno pada tahun 1989 itu berkata, Umno-BN sudah hilang integriti khususnya selepas dakwaan skandal syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang menjadi perhatian antarabangsa.

BACA : Sultan Johor Bina Rumah Untuk Rakyat Tak Ambil Untung Walau Satu Sen

loading…

“Dengan jujur saya mengaku tidak akan memberi undi kepada Umno-BN dalam PRU14. Sebabnya saya cukup tak puas hati bagaimana isu 1MDB dikendalikan oleh kerajaan.

“Propagandis kerajaan kelihatan merapu dalam memberi penjelasan mengenai isu ini. Hasil-hasil kajian mengenainya diletak di bawah kawalan OSA, pegawai penyiasat ditamat perkhidmatan, ditukar, tindakan yang kelihatan rahsia nengenai 1MDB hendak disembunyikan daripada pengetahuan rakyat.

“Di luar negara isu ini disenaraikan sebagai skandal rasuah yang memalukan negara,” tulisnya di Facebook hari ini.

Beliau berkata, kerajaan langsung tidak membuat sesuatu untuk membersihkan nama mereka demi maruah negara sekaligus memberi isyarat seolah-olah skandal itu benar berlaku dan rakyat terpaksa menanggung beban daripada hutang akibat kerugian 1MDB.

“Rakyat sudahlah dibebankan dengan cukai GST yang kononnya untuk kepentingan rakyat. Yang pastinya, rakyat membayar lebih dalam semua barangan dan perkhidmatan melainkan harga kangkung.

“Kerajaan memujuk rakyat dengan BR1M. Kononnya kerajaan membantu ketika rakyat dalam kesusahan. Tetapi kerajaan menipu mereka. Mengaut hasil titik peluh mereka berganda dan memulang kembali hanya secebis. Mereka hilang banyak kemudahan yang dinikmati sebelum ini; sebelum GST dikenakan, sebelum subsidi minyak dihapuskan,” katanya lagi.

Bekas naib presiden Pas itu meninggalkan Pas dan menyerti Umno pada tahun 1989.

Pada tahun 2014 beliau membuat keputusan meninggalkan Umno meninggalkan Umno pada tahun 2014 selepas menyertai parti itu pada tahun 1989.

Beliau meninggalkan Umno kerana berpandangan parti itu sudah lari dari perjuangan asal iaitu membela nasib Melayu sebaliknya lebih mengutamakan kepentingan individu.

| SMedia

BACA TOP 3 INI JUGA:
– Berniaga Depan Rumah Pun Kena Saman, Lelaki Ini Dedahkan Perangai Pihak Berkuasa
– Presiden Indonesia Tak Terima Hadiah Daripada Raja Arab Saudi Seperti Najib Kerana Ia Dianggap Rasuah Dan Boleh Dikenakan Tindakan Undang-Undang
– Bunuh Anak 3 Tahun, Bapa & Teman Wanita Dihukum Gantung Sampai Mati


________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:
loading…
loading…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The post ‘Saya Mengaku Terus Terang Tak Akan Undi Umno-BN Di PRU14 Nanti’ – Mohd Nakhaie Ahmad appeared first on Berita Viral.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mVa4KT

✍ Sumber : ☕ Berita Viral


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

r>r>

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.