Sewa Rumah Mahal Tapi Kongsi Dengan Makhluk Halus
“Hat yang perempuan tu ada ni ha, kat sebelah aku,” kata Ustaz Hafiz.
“Yang hangpa dok dengar bunyi perabot tu, bukan dari rumah atas. Memang dalam rumah ni. Yang orang berlari tu pun sama. Yang hang dengar perempuan dan bayi menangis semua datang dalam rumah ni.”
“Tapi bunyi perempuan dan bayi menangis tu sayup. Macam jauh,” bantah aku.
“Memanglah hang rasa jauh. Sebenarnya dekat je.”
Ah sudah. Macam itu pula keadaannya!
“Jom tengok bilik pula,” ajak Ustaz Hafiz.
Aku bangun dan berjalan ke arah bilik sambil dibontoti Ustaz Hafiz. Masuk sahaja ke bilik, terus aku berasa bulu roma meremang tanpa sebab. Dan aura dingin tadi kemudian berpindah pula ke dalam bilik.
Ustaz Hafiz kemudian duduk di katil Anifi dan kembali membaca ayat-ayat ruqyah. Matanya terpejam dan dahinya berkerut.
Tanpa perlu menunggu lama, bacaan Ustaz Hafiz kemudian berhenti.
“Dalam ni semua Muslim, Bal. Ada perasan tak rasa sejuk?” tanya Ustaz Hafiz.
“Ada.”
“Ha, itulah. Semua Muslim ni. Kalau bukan Muslim dah rasa panas. Dan memang tempat ni rumah dia. Lama dah depa tinggal di sini. Aku tak boleh halau depa. Hang nak aku buat apa?”
Aku agak buntu dengan penjelasan Ustaz Hafiz. Agenda menghalau gangguan ini nampaknya seakan gagal. Ustaz Hafiz menunggu aku memberi jawapan.
Aku pula tidak tahu untuk memberi sebarang keputusan. Tak sanggup pula nak hidup serumah dengan mereka. Dahlah yang membayar sewanya, kami.
“Kalau dah macam tu, beritahulah kat depa, nak tinggal dalam rumah ni, tinggallah. Dah kata tempat depa. Tapi tak payahlah kacau-kacau kami. Sama-samalah kita kongsi ruang,” itu sahaja permintaan aku.
Aku rasa cadangan begitu sesuailah. Kami tak kacau mereka, mereka tak kacau kami. Ustaz Hafiz memejamkan mata dan menganggukkan kepalanya sebelum kembali membaca ayat-ayat ruqyah.
Lama juga bacaan Ustaz Hafiz kali ini, berulang-ulang. Dan aku perasaan dia ada membuat gerakan seperti mengunting sesuatu dengan jemarinya. Entah apalah yang diguntingnya tidaklah aku ketahui.
Seketika kemudian Ustaz Hafiz berdiri dan melaungkan azan. Bermula dari bilik, kemudian bergerak ke depan pintu utama dan terakhir di ruang tamu.
Selesai azan, kami berdua duduk di atas lantai di ruang tamu. Ustaz Hafiz memandang sekeliling. Dan aku perasan sesuatu. Tidak ada lagi bunyi orang berlari atau menggerakkan perabot.
“Hah. Senyap dah,” tegur aku.
“Alhamdulillah. Insya-Allah OK dah la kot,” jawab Ustaz Hafiz.
Aku tersenyum lega. Harap berkekalanlah ketenangan ini.
“Err.. nak tanyalah,” tegur aku, “tadi yang macam menggunting tu buat apa ya?”
“Oh tu. Kalau-kalau ada apa-apa yang mengikat mereka di rumah ni, macam perjanjian lama, atau ada orang yang ikat kurung mereka dalam ni, aku putuskanlah,” terang Ustaz Hafiz.
Aku menangguk-angguk faham. Dan kami terus berbual sehingga tengah malam sehingga tiba kehadiran Amin, Nizam, Ijat dan Warith.
Kehadiran mereka menambah rancak perbualan sehingga tidak sedar waktu sudah menjejaki jam 3.30 pagi. Sudah masuk waktu subuh. Selesai solat baru kami semua mahu melelapkan mata.
Aku tidak sedar bila Ustaz Hafiz balik. Tidak sempat mahu belanja dia bersarapan. Sedar-sedar matahari sudah tinggi.
Aku bangun dan keluar ke ruang tamu. Masing-masing bergelimpangan umpama ikan yang dilambakkan di dalam bot.
SREET!
Aku terdiam. Aku memandang keliling. Bunyi tu sangat-sangat aku kenali.
SREET! SREET! SREEEEEEEET!
Bunyi perabot dialih dan kemudian diselangi dengan bunyi kaki berlari dari bilik ke ruang tamu. Aku mengeluh.
Dia datang balik! Nampaknya kalau macam ini, pindah rumah sahajalah penyelesaiannya!
“Tahun ni macam mana?” tanya Muhammad ejen di Bangunan kami. “Mahu sambung kontrak?”
“Tak mahulah. Tahun ni (2016) tahun akhir kami duduk. September nanti kami mahu pindah!” jawab aku melalui telefon setelah enam bulan berlalu sejak kedatangan Ustaz Hafiz.
Apa entah bayar sewa rumah mahal sampai 9000 Riyal ada hantu. Ceh!
-mstar
The post Sewa Rumah Mahal Tapi Kongsi Dengan Makhluk Halus appeared first on Berita Viral.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2ocp4IH✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment