“Silap Saya Bagi Dia Bebas” – Luahan Suami Menyesal Isteri Jadi Nusyuz Akibat Pengaruh Kawan-kawan
Saya seorang suami yang baru saja diminta cerai oleh isteri. Alasan pun saya tidak berapa nak pasti. Isteri saya sudah dua bulan keluar dari rumah. Dia beritahu mahu duduk dengan kawan. Alasannya sebab saya tidak mampu mahu pergi ambil dia balik kerja, jauh. Saya bagi saja lah. Sebab dia memang jenis degil, kalau tidak bagi pun, dia tetap akan keluar. Disebabkan dia sudah beritahu, saya bagi duit belanja setiap minggu.
Kami berkawan di Facebook. Kadang-kadang saya Whatsapp, ataupun PM, dia tidak mahu balas. Tetapi bila duit habis, cepat sangat dia akan mesej saya. Telefon mesti di akan letak. Kami tiada anak. Jadi saya tidak fikir bukan-bukan. Saya kerja dan isteri pun kerja. Belanja setiap minggu saya bagi seratus. Tah cukup, tah tidak. Kadang-kadang dia minta RM200. Saya usahakan juga sampai dapat sampai terpinjam duit kawan-kawan. Di sini, saya mungkin nampak bodoh sebab sentiasa percayakan dia.
Saya tengok di Facebooknya, keluar dengan kawan-kawan. Ada lelaki yang bawa tetapi dia beritahu itu pakwe kawan dia. Saya percaya buta-buta. Kemudian, dia update dia pergi ke KL. Saya tanya buat apa, dia cakap ikut teman kawan balik rumah mak dia. Sebab kawan tiada teman mahu memandu. Bukan sehari dua, tetapi seminggu. Masa minta duit belanja, dia beriya suruh cepat bank-in duit. Nak pakai cepat. Saya bank-in RM50 saja sebab saya ada baki itu saja sebelum gaji pada tengah malamnya.
“Ko ni apa masalah hah, aku mintak duit nak pakai ni kat KL ko bagi aku rm50 saja. Ko ingat cukup ke barang mekap aku, kasut aku je dah cecah ratus ringgit. Aku pegi KL bukan selalu, itu pon ko susah nak bagi. Sial la. Baik aku cari laki lain lebih senang, boleh bagi aku semuanya. Ko ni seminggu sekali je bagi aku seratus ingat cukup sangat ke..?”
Ini mesej pada petang tu. Saya sikit tersentak. Dalam waktu saya mencari rezeki, dalam saya sedang mencongak-congak duit untuknya, dia pertikaikan soal duit mingguan yang tidak cukup untuk beli kasut dan mekap. Tetapi saya cuba sabar, saya cakap gaji malam ini baru keluar. Sabarlah sikit.
“Dah tak payah susah, ko ceraikan saja aku. Lagi pun aku sudah tidak sayang pada kau. Aku keluar rumah ini sebab aku tidak mahu duduk dengan kau. Sayang itu sudah tiada. Sorry ar. Baik kita buat haluan masing-masing. Aku tunggu kau kat mahkamah, aku buat tuntutan cerai.”
Astaghfirullah.. Masa ni saya mengucap banyak-banyak. Saya ajak dia berjumpa banyak kali. Tetapi dia tolak mesej saya, panggilan saya semuat tidak terangkat.Ayahnya ada telefon saya, bertanya, betulkan saya mahu ceraikan anak dia? Halau dia dari rumah? Fitnah apa lagi kau buat wahai wanita? Aku cuba ajak berbincang. Kali ini aku berjumpa dengan keluarga dia. Tetapi sayang, semuanya lebih percayakan kata-kata isteri saya dari mulut saya sendiri.
Saya berbincang dengan adik beradik saya pula. Kali ini, suami kakk saya pula bersuara. Dia beritahu daripada saya terus menanggung dosa-dosa isteri nusyuz, lebih baik fikirkanlah masak-masak. 6 tahun berkahwin, ini balasanya pada saya? Saya tidak minta lebih. cuma mahukan dia setia dan sabar dengan saya. Cukup segalanya saya bagi pada dia. Tidak pernah saya abaikan dia. Apa dia mahu semuanya tertunai. Silap saya bagi dia bebas. Kawan-kawan dia ramai yang terlalu sosial. Saya faham akhirnya.
Saya lepaskan cerai talak satu padanya. Atas sebab tidak sefahaman. Bukan atas sebab nusyuz. Saya redha kalau ini takdir saya. Saya doakan dia cepat berubah. Bila mana dalam tempoh eddah dia tidak seperti dlm edah malah masih berhias, berjalan-jalan seronok sakan bersama kawan-kawan. Doakan saya dapat cari kebahagiaan saya sendiri semua. Saya pasti satu hari nanti akan ada wanita yang mahu hidup semati bersama saya, cepat atau lambat. Hidup bukan selalu diatas.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mqiFWF✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment