Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Rezeki Setiap Orang, Lain-lain. Jangan Bandingkan” - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Rezeki Setiap Orang, Lain-lain. Jangan Bandingkan”

Dalam dunia ini, semua benda bergerak dalam zon masa masing-masing.

Cuba fikirkan, pernah tak perasan:

  • Ada yang masih single
  • Ada yang sudah berkahwin 10 tahun tetapi masih belum ada anak
  • Ada yang baru berkahwin bulan lepas, hari ini sudah mengandung
  • Ada yang grad umur 23 tapi terpaksa tunggu 5 tahun sebelum ada kerja tetap
  • Ada juga yang grad umur 29, tetapi lepas grad, terus dapat kerja jawatan tetap

Atau, mesti pernah tengok yang macam ini:

  • Ada yang muda lagi umur 25 tahun sudah bergelar CEO, tetapi umur 50 tahun sudah meninggal
  • Ada juga yang berumur 50 baru jadi CEO dan hidup sampai 90 tahun

Zon masa kita semua tidak sama. Jadi tidak perlulah merasa kita ‘tertinggal’ hanya bila nampak orang lain lebih berjaya daripada kita. Masa kita belum sampai.

Cuba kita lihat fakta menarik ini:

Barrack Obama bersara sebagai presiden Amerika Syarikat pada usia 55 tahun, tetapi Donald Trump bermula pada umur 77 tahun.

Hanya zon masa mereka saja yang berbeza. Tetapi sama-sama pernah bergelar Presiden Amerika Syarikat.

Ada yang berada di hadapan kita. Tetapi ada pula yang berada di belakang kita.

Semua orang bergerak dalam haluan yang berbeza pada zon masa yang berlainan.

Allah SWT ada perancangan berbeza untuk kita semua. Jadi jangan dengki, jangan sakit hati, jangan sedih.

Mereka bergerak dengan zon masa mereka dan kita pun ada zon masa kita sendiri.

You are not late. You are not early. You are just on time.

Jangan stress. Buat yang terbaik dan percaya bahawa perancangan Allah SWT itu jauh lebih baik dari yang kita sangkakan.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mtcsuC

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.