Hi! Welcome Back and Stay Tune! Cheng Hoe Minta Pemain Waspada 'angin Piala FA' - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Cheng Hoe Minta Pemain Waspada 'angin Piala FA'

TAN Cheng Hoe. – Foto Hasriyasyah Sabudin

ALOR SETAR: Pengendali Kedah, Tan Cheng Hoe mengingatkan skuad Helang Merah supaya terus fokus dan berusaha mengelak daripada melakukan kesilapan mudah apabila turun menentang Perak dalam aksi Piala FA di Stadium Perak, esok.

“Kita turun dengan misi mahu menang. Jadi saya mahu semua pemain tingkatkan fokus pada perlawanan bertemu Perak kali ini. Walaupun berkeyakinan tinggi pada beberapa perlawanan lalu, ‘angin’ Piala FA ini agak berbeza dan mampu berlaku kejutan.

“Jadi saya harap pemain lebih bersedia memberi tumpuan sepenuhnya sepanjang permainan. Di samping itu kita juga harus mengelak dari melakukan kesilapan mudah,” katanya kepada BH Online.

Cheng Hoe berkata, kelekaan mampu mengundang padah kepada misi pasukan itu untuk menang kerana Perak memiliki gabungan pemain muda dan senior yang berbakat, sekali gus bakal menyukarkan laluan skuad Helang Merah.

“Mereka kini memberi saingan hebat dalam Liga Super, terutama selepas mendapat sentuhan jurulatih Mehmet Durakovic,” katanya.

Dalam pada itu, Cheng Hoe belum dapat mengesahkan sama tonggak Kedah, Baddrol Bakhtiar dapat beraksi kerana masih dalam proses pemulihan selepas mengalami hamstring ketika menentang Pulau Pinang, 25 Februari lalu.

“Status sama ada beliau dapat diturunkan atau tidak, bergantung pada keadaan semasa. Yang penting, saya harap pemain lain dapat menggalas tugas dengan penuh yakin.”

Selain Baddrol, beberapa pemain yang cedera sebelum ini dan masih dalam proses pemulihan adalah Farhan Roslan, Syafiq Ahmad dan Fakri Saarani.

Rekod perlawanan Kedah bertemu Perak dalam aksi Liga Super pada tahun lalu menyaksikan keputusan 0-0 di Stadium Perak dan Kedah tumpas 1-3 kepada skuad Bos Gaurus di Stadium Darul Aman.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mstSYa

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.