Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tun Mahathir Dedah Rahsia Jaga Kesihatan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tun Mahathir Dedah Rahsia Jaga Kesihatan

Walaupun telah berusia 91 tahun, bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad masih lagi kekal aktif dan mempunyai daya fikir yang tajam.

Tun Mahathir

Menurut Tun Mahathir, tiada rahsia kekal sihat yang diamalkan cuma harus sentiasa mengamalkan gaya hidup yang sihat.

"Jangan hisap rokok, minum arak dan makan terlalu banyak, itulah tiga perkara yang saya amalkan.

"Lagi satu, dalam soal penjagaan makanan, pastikan berhenti sebelum kenyang kerana jika tidak beringat maka perut pun mudah jadi besar," katanya.

Tun Mahathir juga turut memberi nasihat agar menjaga jantung masing-masing kerana ia merupakan organ penting dalam tubuh badan.

"Jantung bekerja sepanjang masa, dari dalam rahim lagi hingga akhir hayat kita, jadi ingat-ingatlah sikit dan janganlah bagi ia kerja banyak.

"Bila badan kecil, jantung berupaya bekerja dengan mudah untuk mengepam darah ke seluruh tubuh, tapi bila badan besar, organ tersebut perlu bekerja dengan lebih kuat lagi," katanya.

Tun Mahathir juga turut berkongsi petua kesihatan yang diberikan oleh ibunya satu ketika dahulu.

"Ibu saya kata, ketika tengah seronok makan, berhenti. Apabila kita biasakan diri dengan tabiat ini, ia akan menjadi lebih mudah.

"Sebab itu, seluar yang saya beli 40 tahun dahulu masih lagi muat," tambahnya.

BACA INI JUGA: Skandal BMf Dan 1MDB Bezanya Macam Langit Dengan Bumi!

Sumber: sh

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mIvE8l



✍ Sumber : ☕ SentiasaPanas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.