Hi! Welcome Back and Stay Tune! Nicol Terus Kemaraan Di Colombia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Nicol Terus Kemaraan Di Colombia

RATU skuasy negara, Datuk Nicol David. – Foto Hasriyasyah Sabudin

KUALA LUMPUR: Ratu skuasy negara, Datuk Nicol David kian hampir untuk merangkul gelaran Jelajah Dunia PSA pertamanya sejak Terbuka Hong Kong 2015, apabila mara ke separuh akhir Terbuka Wanita Ciudad de Floridablanca, Colombia.

Pemain nombor tujuh dunia itu menewaskan pemain di ranking ke-17 dunia, Joey Chan dari Hong Kong 12-10, 12-10 dan 11-3 pada aksi suku akhir pada Khamis (Jumaat di Malaysia).

“Saya beraksi dengan baik pada awal permainan dan ia perlawanan yang menarik,” kata Nicol dipetik dalam laman web www.squashsite.co.uk.

“Saya benar-benar teruja untuk beraksi pada separuh akhir di Colombia. Ia gelanggang yang hebat, saya berada dalam keadaan baik dan akan menampilkan aksi terbaik esok,” kata pemain kelahiran Pulau Pinang itu.

Nicol dijangka berdepan tugas mencabar apabila berdepan pemain nombor 10 dunia, Alison Waters dari England di separuh akhir pada lewat Jumaat (Sabtu di Malaysia).

Waters mara selepas menumpaskan rakan senegara, Victoria Lust dalam pertarungan sengit lima set sebelum mencatat kemenangan 11-7, 16-18, 11-7, 7-11 dan 15-13 dalam satu lagi aksi suku akhir.

Kejohanan sulung itu yang juga antara kejohanan dalam kalendar Jelajah Dunia PSA, menawarkan hadiah wang tunai AS$70,000 (RM312,317). – BERNAMA

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mOWBYj

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.