Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pelancongan Maritim Di Langkawi Belum Diterokai Sepenuhnya - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pelancongan Maritim Di Langkawi Belum Diterokai Sepenuhnya

LANGKAWI: Aktiviti pelancongan maritim di Langkawi masih belum diterokai sepenuhnya dan ini membuka peluang luas kepada pelabur mewujudkan perkhidmatan pelancongan menarik melangkaui pantainya.

Anggota Dewan Undangan Negeri Kuah Nor Saidi Nanyan berkata jumlah pengusaha aktiviti seperti pelayaran santai dan memancing secara rekreasi masih kurang apabila kebanyakan daripada mereka lebih cenderung menjalankan perkhidmatan pelancongan di daratan atau dari pulau ke pulau.

“Pengusaha-pengusaha pelancongan kita tidak boleh hanya terikat kepada satu bidang. Banyak lagi ruang pelancongan maritim ini yang boleh diterokai,” katanya semasa program pelayaran semalaman di atas kapal Sea Splash di sini.

Beliau berkata penglibatan lebih ramai pengusaha dalam bidang pelancongan maritim ini akan mewujudkan persaingan lebih sihat dan meluaskan lagi pilihan pelancong yang mengunjungi Langkawi.

“Saya menyambut baik pelabur-pelabur yang berkemampuan untuk menerokai bidang (pelancongan) maritim ini bagi membolehkan lebih ramai lagi pelancong menikmati betapa indahnya (pemandangan) Langkawi (dari laut),” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Sea Splash Travel Sdn Bhd Datuk Seri Mohd Shukri Mohd Nadzir berkata aktiviti pelayaran santai ini telah dimulakan secara serius sejak tahun lepas dan mendapat sambutan menggalakkan.

Menurutnya kapal Sea Splash yang siap dibina di Sabah pada 2010 ini pada asalnya digunakan untuk memancing di laut lepas.

“Ia juga kerap disewa untuk pelayaran santai dan ekoran permintaan yang memberangsangkan, saya melakukan beberapa pengubahsuaian ke atas kapal ini untuk keselesaan pelancong,” kata usahawan yang berasal dari Pulau Pinang ini.

Katanya kira-kira RM3 juta telah dilaburkan bagi pembelian dan pengubahsuaian kapal ini dan Langkawi menjadi pilihan operasi mereka kerana keindahan semulajadi di sekitar pulau ini.

“Kapal ini boleh menampung sehingga 30 pelancong dalam satu-satu masa untuk pelayaran pendek dan kita juga menyediakan bilik tidur yang boleh memuatkan sehingga 12 orang bagi mereka yang memilih pelayaran untuk satu malam atau lebih,” katanya.

— BERNAMA

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2m721cO

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.