Hi! Welcome Back and Stay Tune! Suri Rumah Didakwa Bunuh Pembantu Rumah Warga Indonesia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Suri Rumah Didakwa Bunuh Pembantu Rumah Warga Indonesia

GEORGE TOWN: Seorang suri rumah dihadapkan ke Mahkamah Majistret dan Sesyen di sini hari ini atas tuduhan membunuh dan mencederakan dua pembantu rumahnya.

Di Mahkamah Majistret, Chan Lay Lee, 42, hanya menggangguk faham ketika pertuduhan dibacakan terhadapnya dalam bahasa Mandarin di hadapan Majistret Mohamad Amin Shahul Hamid.

Dia didakwa membunuh Jubedah, 38, wanita warga Indonesia, di sebuah rumah bernombor 35, Lebuhraya Jelutong di sini antara jam 11 pagi hingga 4.45 petang, 25 Feb lalu.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 11 Mei ini untuk sebutan semula kes.

Kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Fatin Hussin.

Sementara itu di Mahkamah Sesyen, Chan mengaku tidak bersalah atas dakwaan dengan sengaja mendatangkan kecederaan parah yang boleh menyebabkan kematian dengan menggunakan batang besi terhadap Anad, 22, seorang wanita warga Kemboja.

Dia didakwa melakukan perbuatan tersebut di lokasi sama pada jam 11 pagi antara Julai 2016 hingga 28 Feb lepas.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara 20 tahun dan denda atau sebatan, jika sabit kesalahan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Nurul Huda Idris tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh dan memohon tarikh sebutan.

Hakim Irwan Suainbon kemudian tidak membenarkan tertuduh diikat jamin atas faktor keselamatan dan menetapkan 11 Mei ini untuk sebutan kes itu bagi laporan perubatan.

Tertuduh diwakili peguam A.Rubern.

— BERNAMA

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nd17wW

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.