Hi! Welcome Back and Stay Tune! Dzawin Risau Bahasa Digunakan Sukar Di Fahami Penonton Malaysia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Dzawin Risau Bahasa Digunakan Sukar Di Fahami Penonton Malaysia

10 Mac 2017. 3.04 PM


336

Hiburan

Dzawin Risau Bahasa Digunakan Sukar Di Fahami Penonton Malaysia

Peserta solo Maharaja Lawak Mega 2017 (MLM 2017) Dzawin, akui risau dengan bahasa Indonesia yang digunakan sehingga sukar di fahami oleh penonton di Malaysia.

Dzawin atau nama sebenarnya Dzawin Nur Ikram, 26, berkata, dia kini dalam proses memperbaiki cara penyampaiannya dengan menggunakan bahasa Malaysia dengan betul ketika berada di atas pentas MLM 2017.

“Perkara utama yang merisaukan saya adalah penggunaan bahasa ketika melakukan persembahan di atas pentas kerana saya risau jika penonton tidak dapat memahami apa yang disampaikan.

“Jadi saya mengambil pendekatan untuk menonton filem dan drama yang ada di sini supaya dapat belajar bahasa Melayu.

“Selain itu, saya juga akan keluar berjalan-jalan di sekitar Kuala Lumpur ini untuk melihat dan mempelajari budaya yang terdapat di negara ini.

“Saya juga akan cuba untuk memperlahankan cara penyampaian lawak yang disampaikan supaya orang lebih faham,” katanya kepada Gempak.

Dzawin bersama 11 orang peserta MLM 2017 bakal mempertaruhkan nasib mereka pada malam ini bertemakan ‘Zaman Belajar’. 

MLM 2017 diterajui Datuk AC Mizal sebagai hos dan menampilkan empat juri tetap iaitu Datuk Rosyam Nor, Luna Maya, Najip Ali dan Neelofa yang akan mengadili para peserta selama 12 minggu.

 

MLM 2017 bersiaran secara langsung dari Royal Theater Shah Alam pada setiap Jumaat, pukul 10 malam dan boleh ditonton menerusi saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi  

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mPGPMJ

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.