Hi! Welcome Back and Stay Tune! UMNO Ambil Pendekatan Sopan Jumpa ‘Rakan Lama’ - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

UMNO Ambil Pendekatan Sopan Jumpa ‘Rakan Lama’

Spread the love

ALOR SETAR – UMNO sentiasa mengambil pendekatan sopan dalam berhadapan dengan ‘rakan-rakan’ lama yang pernah berjuang bersama dalam parti memandangkan isu politik bukanlah bersifat personaliti atau individu semata-mata, kata   Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa.

Beliau berkata justeru UMNO tidak perlu bersifat apologetik dalam isu membabitkan sentimen personaliti tetapi masih menggunakan pendekatan yang tidak agresif dan memfitnah serta memburuk-burukkan pihak lawan.

Mengambil contoh bekas perdana menteri selama 22 tahun, Tun Dr Mahathir Mohamad, Annuar berkata umum mengetahui kekuatan dan sumbangan tokoh itu sewaktu berada dalam kerajaan, namun Dr Mahathir (Tun M) yang sekarang bukanlah dulu.

“Tun M yang masuk saf pakatan pembangkang DAP adalah Tun M yang lain. Tun M sekarang ialah Tun M dalam pro-DAP. Beliau tidak dapat menguasai DAP, tapi DAP yang telah berjaya mengubah pendirian Tun M,” katanya dalam siri jelajah penerangan UMNO di sini hari ini.

Annuar yang juga Anggota Parlimen Ketereh berkata beliau bersifat terbuka dalam berpolitik malah turut membenarkan pemimpin parti pembangkang masuk ke kawasannya sendiri untuk berkempen.

“Tiga hari lepas saya jumpa Tan Sri Muhyiddin Yassin (Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Parlimen dan dia minta maaf kerana masuk ke kawasan saya. Saya kata tak apa tak ada masalah.

“Hari ini dan esok pula saya akan berada di Jerlun untuk siri jelajah. Kita tahu ini kawasan Mukhriz (Timbalan Presiden PPBM Datuk Seri Mukhriz Dr Mahathir).

“Saya percaya kalau mereka (Mukhriz dan Tun M) masih berada dalam UMNO mereka juga akan sokong Rang Undang-Undang 355 tapi sekarang mereka pro-DAP mereka kena jagalah hati DAP,” katanya. – BERNAMA

[embedded content]

Loading…

Spread the love

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nm7rSk

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.