Hi! Welcome Back and Stay Tune! Fahrin Ahmad Dah Bagi 'Hint' Pada Isteri Mahu Tambah Anak - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Fahrin Ahmad Dah Bagi 'Hint' Pada Isteri Mahu Tambah Anak

10 Mac 2017. 12.09 PM

274

Hiburan

Fahrin Ahmad Dah Bagi 'Hint' Pada Isteri Mahu Tambah Anak
Pelakon Fahrin Ahmad akui sudah menyatakan hasrat kepada isterinya, Elena Hani Eleas untuk menambah cahaya mata dalam keluarganya.

Fahrin Ahmad berkata mereka perlu merancang lebih awal untuk menambah zuriat kerana usia isterinya tahun ini bakal mencecah 40 tahun.

“Orang kata rezeki itu semua datang dari Allah tetapi kami ada merancang untuk menimang cahaya mata kedua dalam jangka masa yang terdekat.

“Bagi saya perlu cepat lah memandangkan usia isteri saya pun bakal mencecah 40 tahun tahun ini dan tidak elok jika dilambatkan.

“Saya sudah bagi hint mengenai ini, malah saya sempat menyakatnya supaya mahu timang anak kembar pula bagi kelahiran kedua.

“Namun saya tidaklah mendesaknya, saya akan tunggu bila dia sudah bersedia dan anak saya pertama ini sudah membesar sedikit dalam setahun begitu,” katanya kepada Astro Gempak.

Fahrin ditemui ketika majlis penyampai hadiah Go Shop kepada pembeli setia rangkaian membeli belah tersebut semalam.

Bercerita mengenai cahaya pertamanya, Khalifa Fahrel yang kini berusia lima bulan setengah , Fahrin memberitahu dia seronok melihat perkembangan anaknya di depan mata.

“Pengalaman menjadi bapa memang sangat seronok, lebih-lebih lagi melihat anak kita membesar depan mata kita.

“Kadang-kadang saya teruja hendak melihat perkembangan dia setiap hari kerana ia akan berubah-ubah setiap hari,” katanya lagi.

Teks oleh Syafiqah Jalal

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lKCJWL

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.