Hi! Welcome Back and Stay Tune! Wanita Mengadu Sakit Perut, Doktor Bedah & Dapati Ada Bayi 'Batu' Yang Sudah Dikandungnya Selama 37 Tahun - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Wanita Mengadu Sakit Perut, Doktor Bedah & Dapati Ada Bayi 'Batu' Yang Sudah Dikandungnya Selama 37 Tahun

Jambi, Indonesia: Seorang wanita berusia 60 tahun menjadi perhatian selepas doktor berjaya mengeluarkan bayinya – yang telah dikandungkan selama 37 tahun – menerusi satu pembedahan.

Ketika bayi itu dikeluarkan, dia sudah menjadi keras seperti batu.

Menurut Detik.com, Tun Nyak Tun tidak menyedari dia mengandung tetapi menurut anggota keluarga, dia sering mengadu sakit perut dan sukar buang air besar.

Bagaimanapun, beberapa hari lalu, kerana tidak sanggup menahan sakit lagi, Tun meminta anaknya menghantarnya ke hospital, Isnin lalu.

Pakar bedah, Dr. Parianto dari Hospital Raden Mattaher berkata, mereka menyangkakan ia adalah ketumbuhan selepas imbasan dibuat. Namun pembedahan itu membuahkan hasil yang mengejutkan apabila doktor berjaya mengeluarkan objek seberat 1.5kg.

Setelah diperiksa, mereka dapati ia adalah bayi yang sudah keras.

Bayi itu meninggal dunia dalam perut dan kemudian menjadi mumia,” katanya.

Menurutnya, bayi itu terbungkus oleh lapisan kapur yang keras dan pihaknya berhati-hati melakukan pembedahan agar tidak merosakkan bayi berkenaan.

Kami mengetuknya. Ia keras seperti batu. Bagi mengetahui lebih lanjut, kami gergaji benda itu dan menemui rambut. Hasil pemeriksaan selanjutnya, termasuk X-ray, sungguh mengejutkan kerana kelihatan kerangka lengkap manusia,” katanya.

Parianto berkata, mumia bayi itu akan diawet untuk keperluan pendidikan perubatan.

Beliau berkata, kejadian bayi meninggal dunia dalam kandungan, menjadi keras di luar rahim amat jarang berlaku dan sejak 400 tahun lalu, hanya ada 300 kejadian seperti itu.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mt322d

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.