Hi! Welcome Back and Stay Tune! Wakil Wisma Putra Temui Keluarga Iza Karmila - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Wakil Wisma Putra Temui Keluarga Iza Karmila

SITIAWAN: Masalah yang menimpa keluarga rakyat Malaysia yang tidak dibenar meninggalkan Korea Utara mendapat perhatian wakil Kementerian Luar petang tadi.

Tiga individu dipercayai pegawai tertinggi dari kementerian berkenaan dilihat memasuki perkarangan rumah Maznah Adnan, 63, ibu kepada Iza Karmila Ramli, 33, di sini pada 6.15 petang.

Rombongan berkenaan yang menaiki kereta jenis Toyota Camry dilihat turut membawa buah tangan sebelum disambut Maznah di perkarangan pintu masuk.

Bagaimanapun beberapa pengamal media yang menunggu beberapa jam sebelum kedatangan pihak berkenaan, tidak dibenarkan masuk dan usaha mendapatkan butiran lanjut mengenai pertemuan itu gagal.

Mereka dilihat mengelak daripada bertemu media.

BACA: Saya tahu anak saya di Pyongyang dalam ketakutan – Ibu Iza

BACA: Kesengsaraan menanti rakyat Korea Utara yang berpaling tadah

Iza Karmila anak ketiga daripada enam beradik merupakan Pegawai Tadbir Diplomatik tetapi kini sedang bercuti kerana mengikuti suaminya Mohd Nor Azrin Md Zain, penasihat kedutaan di kedutaan Malaysia di Pyongyang.

Sebelum ini, 11 rakyat Malaysia termasuk tiga pegawai kedutaan dihalang meninggalkan Korea Utara sebagai tindak balas sejurus Malaysia mengusir keluar dutanya, Kang Chol selepas diisytiharkan sebagai Persona Non Grata atau orang yang tidak dialu-alukan.

Namun dua rakyat Malaysia yang sedang mengikuti Program Makanan Sedunia (WFP) di bawah Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) telah dibenarkan keluar dari Pyongyang dan kini selamat tiba di Beijing.

— BERNAMA

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2maAfx2

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.