Hi! Welcome Back and Stay Tune! Semua Boleh Menjadi Hero: RM 1 Juta Hadiah Wang Tunai Untuk Dimenangi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Semua Boleh Menjadi Hero: RM 1 Juta Hadiah Wang Tunai Untuk Dimenangi

Sebut sahaja pasal permainan, pasti kita ada fantasi tersendiri untuk menjadi hero yang menyelamatkan dunia, atau hero terakhir sesuatu bangsa. Kini anda boleh menjadi hero baik untuk diri sendiri mahupun rakan-rakan apabila anda menyertai pertandingan yang menawarkan RM1 juta hadiah wang tunai untuk dimenangi.

Celcom pada minggu ini telahpun mengumumkan pertandingan Celcom Game Hero, pertandingan “mobile game” terbesar di Malaysia yang membolehkan peserta berentap dan bermain mobile game untuk berpeluang memenangi RM1 juta hadiah wang tunai. Pemenang akan dikira berdasarkan markah tertinggi yang diperoleh apabila memainkan permainan ini.

Pemain perlulah menjadi pengguna talian Celcom bagi memainkan permainan ini. Pemain akan diberikan langganan PERCUMA selama sebulan dan seterusnya perlu membayar harga langganan permainan sebanyak RM 3 seminggu. Pertandingan ini akan tamat pada 6 Julai 2017 jadi banyak masa untuk pemain mengumpul markah yang tertinggi bagi memenangi pertandingan ini.

Johan akan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM 250,000 manakala naib johan dan tempat ketiga akan membawa pulang RM 150,000 dan RM 100,000. Menariknya Celcom turut memberikan hadiah sehingga pemenang ke-100 dengan wang tunai berjumlah RM 1,000.

Apa yang anda tunggu lagi, realisasikan impian anda untuk memiliki sejumlah wang menerusi pertandingan Celcom Game Hero. Daftar di gamehero.my. Muat turun Sky Invasion 3D dan mulakan cabaran anda sekarang!

Muat-turun: Sky Invasion 3D (iOS)

Muat-turun: Sky Invasion 3D (Android)

Layari: Celcom Game Hero

Penafian: Advertorial dari Celcom



>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2msK1gq



✍ Sumber : ☕ Amanz


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.