Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kian Meng-Pei Jing Tekad Bangkit - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kian Meng-Pei Jing Tekad Bangkit

BEREGU campuran negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing. – Foto Owee Ah Chun

KUALA LUMPUR: Beregu campuran negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing tidak akan berputus asa dalam misi mereka memecah tembok ke suku akhir kejohanan bertaraf Siri Super.

Gandingan nombor sembilan dunia itu sekali lagi gagal merealisasikan impian itu selepas tewas di tangan beregu Korea Selatan, Yoo Yeon Seong-Kim Ha Na 15-21, 9-21 dalam aksi pusingan kedua Seluruh England di Arena Barclaycard, Birmingham, awal pagi tadi.

“Perlawanan hari ini bukan aksi terbaik kami. Lawan adalah pasangan baharu dan kami tidak tahu apa strategi mereka.

“Apa yang boleh kami lakukan adalah fokus pada setiap mata dan lihat strategi mereka. Dari situ kami akan tukar kepada corak permainan yang sesuai. Namun, perancangan kami kali ini tidak menjadi.

“Apa pun, kami tidak akan berputus asa. Kami akan terus berusaha untuk mara ke suku akhir kejohanan Siri Super tahun ini,” kata Pei Jing ketika dihubungi di Birmingham, sebentar tadi.

Sejak digandingkan pada hujung 2015, Kian Meng-Pei Jing dua kali berjaya muncul juara kejohanan Grand Prix Emas – Terbuka Thailand 2016 dan Malaysia Masters 2017.

Mereka juga muncul naib juara pada Terbuka Taiwan 2016, Indonesia Masters 2016 dan Terbuka Vietnam (Grand Prix), namun masih gagal melepasi halangan ke suku akhir dalam kejohanan bertaraf Siri Super pada semua penampilan mereka, dengan pencapaian terbaik sekadar ke pusingan kedua.

Bagaimanapun, anak buah Chin Eei Hui itu berpeluang meneruskan misi mereka apabila beraksi pada Terbuka Malaysia di Kuching, Sarawak bermula 4 hingga 9 April ini.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mswk1a

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.