(Video) Sesi Temuramah Serius Antara BBC Dan Professor Ini Bertukar Riuh Apabila Dua Anaknya Masuk Mengacau
Satu sesi temuramah serius antara Professor Robert E Kelly dan BBC menjadi sedikit riuh apabila bilik temuramah itu ‘dijenguk’ oleh dua anaknya yang dengan selamba masuk ke bilik tersebut.
Robert kelihatan sedikit kekok memberi penjelasan professionalnya apabila anak perempuannya yang berbaju kuning masuk dengan perasaan yang sangat gembira.
Tapi itu bukan penghujung kisah lucu itu.
Secara tiba-tiba, satu kelibat kecil pula menjengah di pintu. Bergerak menggunakan kerusi bayi, kelibat itu juga dilihat mahu turut sama memberi ‘pandangan’ mengenai isu Korea Utara dan Korea Selatan yang sedang dibincangkan oleh bapanya.
“Saya rasa, salah seorang anak kamu baru masuk ke dalam,” kata penemuramah BBC kepada Robert.
“Maafkan saya, ” kata Robert berulang kali.
Selepas itu, seorang wanita yang dipercayai isteri atau orang gaji datang mengambil kanak-kanak itu dalam keadaan gelabah.
Video kejadian terbabit menjadikan temuramah itu viral di media sosial. Ada juga yang menyifatkan video tersebut sebagai ‘video paling lucu tahun ini’.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mthJm4— JOE.co.uk (@JOE_co_uk) March 10, 2017
✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment