Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bani Melayu Membuktikan Mereka Masyarakat Paling Tinggi Ilmu Pasal Dajjal - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bani Melayu Membuktikan Mereka Masyarakat Paling Tinggi Ilmu Pasal Dajjal

Rujukan Ayman Rashdan Wong

Filem animasi Moana sekali lagi membuktikan masyarakat Malaysia ialah masyarakat yang mempunyai tahap kesedaran yang paling tinggi mengenai Dajjal dan fitnah akhir zaman di kalangan populasi dunia. Ada ‘pengulas filem‘ yang kata Disney ejen Yahudi cuba memesongkan akidah umat Islam melalui watak Maui yang sebenarnya ialah Dajjal. Kenapa brader ini kata Maui ialah Dajjal? Sebab Maui ‘mengaku tuhan’. Setahu saya, maharaja Jepun dan raja Thailand juga diakui oleh rakyat sebagai tuhan.

Untuk makluman, Maui ialah ‘demi-god’ (setengah dewa/tuhan) dalam mitologi bangsa Hawaii, Maui bukan ‘mengaku tuhan’, ia sememangnya ‘setengah dewa/tuhan’ dalam mitos bangsa Hawaii dan bangsa Polynesia yang lain (Maori, Samoa, Tonga, Tahiti dan lain-lain), ia ialah simbol kekuatan dan keberanian. Masyarakat Polynesia hari ini kebanyakannya ialah Kristian, mereka tidak lagi menyembah Maui. Bangsa-bangsa Polynesia yang menghuni pulau-pulau di Lautan Pasifik (Hawaii, Samoa, Tahiti, Tonga, New Zealand) juga bukan cabang Yahudi, mereka ialah bangsa dalam rumpun Melayu-Polynesia, serumpun dengan orang Melayu jua. Maui melambangkan keyakinan Bangsa Melayu-Polynesia terhadap sifat diri sebagai pelayar yang menempuh badai laut.

Mitos ialah pandangan dunia (weltanschauung), ia merumuskan sistem kepercayaan sesebuah masyarakat. Ia bukan bersumberkan wahyu tetapi imaginasi manusia untuk menerangkan gejala-gejala alam yang dianggap kudus. Keterbatasan intelek manusia mendorong manusia mengaitkan gejala alam dengan dewa/dewi atau tokoh misteri. Dalam masyarakat Melayu pra-Islam juga terdapat mitos mengenai ‘hyang’ dan ‘semangat’. Mitos boleh dipersembahkan dalam bentuk cerita lagenda, hikayat, dongeng dan lain-lain.

Adakah disebabkan ia bukan bersumberkan wahyu maka kita boleh menghina sesuka hati? Pergi berdakwah dengan orang Hawaii, orang Maori, atau dengan Dwayne “The Rock” Johnson (berdarah Samoa), bagitahu mereka dewa mereka ialah Dajjal. Minta maaf, cara berdakwah sebegini mungkin sesuai untuk masyarakat kita, tapi bukan masyarakat lain-lain. Dakwah yang berkesan ialah dakwah seperti dakwah Wali Songo terhadap masyarakat Nusantara. Sunan Kudus tahu masyarakat Melayu dan Jawa ketika itu (penganut agama Hindu) mensucikan lembu, maka beliau menyampaikan dakwah dengan menarik perhatian mereka melalui kisah lembu/sapi dalam Surah Al-Baqarah. Adakah Sunan Kudus terus menghina kepercayaan mereka? Atau sebaliknya memahami, mencari titik persamaan dan mendidik secara beransur?

Telah menjadi tradisi Disney untuk membuka mata kanak-kanak tentang cerita dongeng seluruh dunia supaya mereka lebih menghargai dan menghayati kepelbagaian budaya di dunia. Aladdin (1992) dipetik dari Hikayat Seribu Satu Malam (1001 Nights) yang merupakan himpunan cerita rakyat Arab. Mulan (1998) ialah cerita rakyat Cina yang sangat masyhur. Cerita Pocahontas (1995) diambil dari watak sejarah. Hercules (1997) berasal dari mitos Yunani yang juga bercerita tentang ‘demi-god’. Tak ada apa yang ‘Dajjal’ dengan semua cerita ini, Disney cuma mempersembahkan cerita yang telah diketahui umum dan ditambah dengan unsur dramatik. Filem-filem animasi yang bagus boleh menaikkan sifat ingin tahu (curiosity) kanak-kanak dan menggalakkan mereka mencari ilmu. Sebagai contoh, selepas menonton Anastasia (1997, bukan Disney) pada umur 9 tahun, saya lantas mencari bahan bacaan tentang Revolusi Russia 1917, ia mula mendedahkan saya kepada sejarah politik dunia langkah demi langkah.

Saya berharap juga ada cerita rakyat dari peradaban Melayu kita yang akan diadaptasi menjadi filem Disney, biar satu dunia menghayati khazanah peradaban Melayu-Nusantara. Cuma, saya khuatiri hasilnya akan didajjalkan dan diyahudikan oleh orang kita terlebih dahulu.

Comments

comments

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mJ7yKw

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.