Hi! Welcome Back and Stay Tune! FAM Sambut Baik Keputusan Tangguh Aksi Malaysia-Korea Utara - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

FAM Sambut Baik Keputusan Tangguh Aksi Malaysia-Korea Utara

SETIAUSAHA Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin (kanan) pada majlis Pelancaran Anugerah Pemain Terbaik Bulanan PFAM-asiana.my 2017 di Ikhlas Point, Avenue 5, Bangsar South. – Foto Osman Adnan

KUALA LUMPUR: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menyambut baik keputusan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) menangguhkan perlawanan kelayakan Piala Asia 2019 antara Korea Utara dan Malaysia yang dijadualkan di Pyongyang, 28 Mac ini.

Penangguhan perlawanan Kumpulan B yang dijadualkan berlangsung di Stadium Kim Il-sung itu diputuskan Jawatankuasa Pertandingan AFC hari ini dan diumumkan sebentar tadi.

Sehubungan itu, Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata badan induk itu menyerahkan sepenuhnya kepada AFC untuk menentukan tarikh baharu, selain bersedia untuk memberi kerjasama sekiranya diperlukan.

“Persatuan (FAM) menyambut baik keputusan dibuat AFC ini kerana ia dilihat sebagai langkah paling tepat demi keselamatan pemain dan pegawai pasukan, jika perlawanan itu tetap diteruskan pada 28 Mac ini.

“(Ia) memandangkan situasi semasa ketegangan hubungan diplomatik Malaysia dan Korea Utara masih belum reda.

“Berhubung tarikh baharu dan venue bagi perlawanan berkenaan, persatuan menyerahkan sepenuhnya kepada AFC untuk menentukannya dan sedia untuk memberi kerjasama jika diminta berbuat demikian,” katanya dalam satu kenyataan media, sebentar tadi.

AFC dalam kenyataannya hari ini berkata keputusan untuk menangguhkan perlawanan itu diambil selepas peningkatan ketegangan diplomatik antara Kerajaan Korea Utara dan Malaysia.

Berikutan itu, satu tarikh baharu untuk perlawanan itu akan diumumkan dalam masa terdekat.

Dalam pada itu, menerusi kenyataan sama, Hamidin yang juga pengurus pasukan Harimau Malaysia mengesahkan perlawanan persahabatan dengan Filipina di Manila pada 22 Mac ini tetap diteruskan.

“Bagaimanapun, perlawanan persahabatan antarabangsa (kelas) A yang diatur skuad kebangsaan untuk bertemu Filipina di Stadium Peringatan Rizal, Manila pada 22 Mac ini tetap akan diteruskan memandangkan ia menawarkan mata dalam ranking.

“Ia juga dilihat peluang terbaik buat skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee itu memperbaiki kedudukan Malaysia dalam ranking FIFA (Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa) yang ketika ini di tangga ke-161 dunia,” katanya.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2n6nyHw

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.