Hi! Welcome Back and Stay Tune! Nicol Mara Ke Separuh Akhir Kejohanan Terbuka Di Colombia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Nicol Mara Ke Separuh Akhir Kejohanan Terbuka Di Colombia

KUALA LUMPUR: Ratu skuasy negara, Datuk Nicol David semakin menghampiri untuk merangkul gelaran Jelajah Dunia PSA pertamanya sejak Terbuka Hong Kong 2015, selepas mara ke separuh akhir Kejohanan Skuasy Terbuka Wanita di Ciudad de Floridablanca, Colombia.

Pemain nombor tujuh dunia itu menewaskan pemain di ranking ke-17 dunia, Joey Chan dari Hong Kong 12-10, 12-10 dan 11-3 dalam aksi suku akhir pada Khamis (Jumaat di Malaysia).

“Saya beraksi dengan baik pada awal permainan dan ia perlawanan yang menarik,” kata Nicol seperti dipetik dalam laman web www.squashsite.co.uk.

“Saya benar-benar teruja untuk beraksi pada separuh akhir di Colombia. Ia gelanggang yang hebat, saya berada dalam keadaan baik dan akan menampilkan aksi terbaik esok,” kata pemain kelahiran Pulau Pinang itu.

Nicol dijangka berdepan tugas mencabar apabila berdepan pemain nombor 10 dunia, Alison Waters dari England dalam aksi separuh akhir pada lewat Jumaat (Sabtu di Malaysia).

Waters mara ke separuh akhir selepas menumpaskan rakan senegara, Victoria Lust dalam pertarungan sengit lima set sebelum mencatat kemenangan 11-7, 16-18, 11-7, 7-11 dan 15-13 dalam satu lagi aksi suku akhir.

Kejohanan sulung itu, yang merupakan antara kejohanan dalam kalendar Jelajah Dunia PSA, menawarkan hadiah wang tunai US$70,000 (RM312,317). — Bernama

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mttnNu

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.