Hi! Welcome Back and Stay Tune! 'Kerana Mereka Lah Dato Dapat Membeli Harta-harta Ini Semua' – Lelaki Ini Tegur Jutawan Kosmetik Tayang Harta - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

'Kerana Mereka Lah Dato Dapat Membeli Harta-harta Ini Semua' – Lelaki Ini Tegur Jutawan Kosmetik Tayang Harta

KUALA LUMPUR – Jutawan kosmetik, Dato Aliff Syukri, sebelum ini pernah memuat naik gambar dirinya makan secara bersila di lantai dapur rumah, di bilik hotel dan banyak lagi. Selain itu, beliau juga kerap memuat naik gambar ‘hartanya’ bagi tujuan perkongsian bersama followers beliau. 

Namun, akhir-akhir ini ada netizen yang menganggap tindakannya itu amat menjengkelkan dan tidak selesa dengan sikapnya yang didakwa gemar menunjuk-nunjuk. 
9 Mac yang lalu, beliau memuat naik gambar ‘rumah sementaranya’ di laman Facebook dengan kapsyen yang dianggap tidak wajar. 
“Rumah sementara saya, sementara nak tunggu rumah baru saya siap dibina. Di sini sunyi dan sejuk. Memang keko sikit duduk sini pada awalnya sebab size rumah ini agak kecil sedikit. Memang ada 8 bilik tetapi bilik kecil-kecil. 
“Tiga bilik untuk simpan baju sahaja, situlah bilik maid 4 orang, anak 3 orang, tukang kebun lagi. Tapi nak buat macam mana kan? Dugaan nak tunggu rumah baru siap,” tulisnya. 
A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on Mar 8, 2017 at 5:10pm PST

Tampil seorang lelaki bernama Hazizi Harris menegur jutawan berkenaan dan pastinya meninggalkan kesan yang mendalam bagi Dato Aliff Syukri. 
“Dato nak tau tak satu fakta? Orang yang membeli produk-produk mengarut dato ini ramai yang tinggal di flat-flat, kampung-kampung dan ada yang tinggal di rumah kongsi.
“Kerana mereka lah dato dapat membeli harta-harta ini semua,” katanya. 

Bagaimanapun, Dato Aliff Syukri tampil memohon maaf di atas posting ‘riaknya’ itu.

“Saya mohon maaf, ini jawapan saya kepada wartawan dan netizen mengenai viral isu rumah kecil.

“Secara jujurnya saya amat bersyukur dan gembira duduk di rumah kampung saya ini untuk sementara waktu, sementara menunggu rumah baru saya siap. Isu viral rumah yang saya katakan kecil 8 bilik ini sebab sebelum ini rumah ini kelihatan cantik. Sebab bilik yang ada kelihatan cantik tanpa ada baju yang banyak dan serabut.

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on Mar 9, 2017 at 6:50am PST

“Saya tak sengaja dan niat saya hanya nak berkongsi apa yang saya rasa ketika ini kepada rakan media sosial dan saya tidak menyangka ia menjadi isu.

“Saya memohon maaf jika ada yang terasa hati dan tersinggung dengan kenyataan saya sebelum ini,” katanya. – The Reporter

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2ndf6D5

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.