Hi! Welcome Back and Stay Tune! Guardiola, Kane Terbaik Sepanjang Februari - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Guardiola, Kane Terbaik Sepanjang Februari

HARRY Kane dan Pep Guardiola. – Foto Mirror

LONDON: Pengurus Manchester City, Pep Guardiola dipilih sebagai Pengurus Terbaik Bulan Februari manakala penyerang Tottenham Hotspur, Harry Kane menjulang anugerah bulanan itu buat kali keempat, hari ini.

City yang berada di tangga ketiga carta Liga Perdana Inggeris, tidak tewas sepanjang bulan lalu, menang semua tiga perlawanan liga dengan menjaringkan lapan gol dan hanya bolos sekali, ketika berdepan West Ham United, Swansea City dan Bournemouth.

Guardiola, yang memenangi anugerah itu buat kali pertama, mengatasi pengurus Manchester United Jose Mourinho, ketua jurulatih Chelsea Antonio Conte dan pengurus West Bromwich Albion, Tony Pulis.

Sementara itu, penyerang 23 tahun Kane, menerima anugerah itu selepas membantu Tottenham melonjak ke tangga kedua carta dengan menggegar empat jaringan dalam tiga perlawanan liga, termasuk hatrik ketika menewaskan Stoke City, bulan lalu.

“Ini satu penghormatan,” kata Kane dalam laman web Liga Perdana. “Saya dalam prestasi baik ketika ini, saya rasa yakin ketika menghadapi setiap perlawanan.”

Penyerang kebangsaan England itu mengatasi dua penyerang Manchester City, Gabriel Jesus dan David Silva, pertahanan West Brom, Gareth McAuley, penjaga gol Hull City, Eldin Jakupovic dan penyerang Everton, Romelu Lukaku. – REUTERS

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lL6TJh

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.