Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bola Sepak Pantai AFC: Iran, UAE Ke Final - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bola Sepak Pantai AFC: Iran, UAE Ke Final

UNITED Arab Emirates, Ali Mohammad (kiri) diasak pemain Lebanon, Mohamad Mechles Matar pada aksi Kejohanan Bola Sepak Pantai Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) di Pantai Batu Buruk. – Foto Mohd Syafiq Ridzuan Ambak

KUALA TERENGGANU: Iran dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) bakal berentap pada aksi final Kejohanan Bola Sepak Pantai Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) di Pantai Batu Buruk di sini, petang esok.

Pada aksi separuh akhir sebentar tadi, Iran yang berada pada ranking kelima dunia mempamerkan aksi bertenaga untuk meneruskan kemaraan selepas menundukkan pasukan ranking kesembilan dunia, Jepun 8-6.

Terdahulu, dalam satu lagi aksi separuh akhir, UAE mara ke final selepas menang menerusi penentuan sepakan penalti 2-1 ke atas Lubnan. Kedua-dua pasukan terikat 4-4 dalam tempoh perlawanan sebenar.

Kejayaan Iran dan UAE mara ke final itu sekali gus membolehkan kedua-duanya mewakili benua Asia ke saingan Bola Sepak Pantai Piala Dunia di Bahamas pada April ini, manakala satu slot terakhir akan ditentukan antara Jepun dan Lubnan, esok.

Ketua jurulatih Iran, Mohammad Hoseyn Mirshamsi ketika ditemui berkata kedua-dua pasukan tertekan di awal permainan selepas saling berbalas serangan.

PEMAIN Jepun, Akaguma Takuya (kiri) melakukan sepakan akrobatik pada aksi perlawanan Kejohanan Bola Sepak Pantai Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) di Pantai Batu Buruk.

Katanya, dia melihat Jepun dan Iran mempamerkan corak permainan berpasukan manakala anak buahnya memiliki kelebihan daripada skil individu.

“Persiapan dua tahun yang kami lakukan berbaloi apabila melangkah ke pentas final AFC. Selain mensasarkan juara kejohanan ini, kami juga mahu merealisasikan impian muncul juara Piala Dunia April nanti,” katanya selepas perlawanan separuh akhir itu, sebentar tadi.

Sementara itu, pengendali Jepun, Mendes Marcelo, menyifatkan pasukannya beraksi lebih baik daripada Iran, namun empat kesilapan mudah membolehkan lawan menjaringkan gol menerusi bola mati.

“Fokus kami sekarang ialah merebut tempat ketiga apabila bertemu Lubnan esok, bagi mengesahkan tempat ke Piala Dunia,” katanya.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lKzLS7

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.