Hi! Welcome Back and Stay Tune! Piala FA: Melaka United Mahu Bangkit Menentang Pahang - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Piala FA: Melaka United Mahu Bangkit Menentang Pahang

MELAKA: Enggan dihantui kekalahan ketika menentang Kedah sebelum ini, pengendali Melaka United, Eric Williams menggesa semua pemainnya memberi sepenuh tumpuan pada pertemuan menentang Pahang dalam saingan Piala FA di Stadium Darul Makmur, Kuantan esok.

Williams berkata beliau mahu anak didiknya memandang ke hadapan dengan memberikan aksi terbaik bagi mencipta kemenangan.

“Semua pemain perlu kekal fokus dan saya yakin kita boleh dapatkan satu keputusan positif, seterusnya menebus kekalahan ketika menentang Pahang dalam aksi Liga Super bulan lepas.

“Justeru semua pemain perlu tahu tugas masing-masing dan mendengar arahan (jurulatih) bagi mencari keputusan cemerlang,” katanya kepada pemberita pada sidang media sebelum memulakan sesi latihan di Stadium Hang Tuah di sini malam tadi.

Juara bertahan Johor Darul Ta’zim (JDT) mengetuai kemaraan 14 pasukan ke pusingan ketiga Piala FA selepas berakhirnya perlawanan pusingan kedua pada 14 Feb lepas.

Sementara itu Williams berkata pemainnya tidak berada pada tahap kecergasan yang tinggi ekoran jadual perlawanan yang padat.

“Jadual perlawanan yang padat sedikit sebanyak memberi tekanan kepada pasukan apabila ada pemain yang mengalami kecederaan. Kapten yang juga penyerang utama, Ilija Spasojevic dan pertahanan import dari Korea Selatan, Jeon Woo-young belum pasti sama ada dapat diturunkan,” katanya.

Beliau berkata Melaka United perlu kembali bangkit dengan mempertingkatkan kualiti permainan dan beraksi lebih cemerlang untuk mencipta kemenangan sekali gus memperbaiki kedudukan dalam Piala FA musim ini.

Melaka United diramal menghadapi saingan getir pada aksi menentang Pahang nanti.

Sementara itu ketua jurulatih Pahang, Dollah Salleh berkata kemenangan ke atas Melaka United mampu memulihkan kembali semangat dan moral para pemainnya.

— BERNAMA

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2ma23Bn

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.