Hi! Welcome Back and Stay Tune! Futsal: Chun Yong Kekal 13 Pemain - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Futsal: Chun Yong Kekal 13 Pemain

KETUA Jurulatih Futsal Kebangsaan, Chiew Chun Yong. – Foto NSTP

KUALA LUMPUR: Seramai 13 daripada 14 pemain yang membantu Malaysia meraih tempat ketiga pada Kejuaraan Futsal AFF 2016 di Thailand, dikekalkan untuk sesi latihan pusat skuad futsal kebangsaan.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam kenyataan memaklumkan Ketua Jurulatih Futsal Kebangsaan, Chiew Chun Yong terpaksa menggugurkan pemain Sabah, Mohd Ridzwan Bakri kerana bakal melangsungkan perkahwinan pada tarikh latihan pusat berkenaan.

Sesi latihan pusat yang dijadual berlangsung selama 10 hari bermula 22 Mac ini di Wisma FAM, Kelana Jaya, adalah persediaan awal skuad futsal kebangsaan bagi menghadapi Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 Ogos ini.

Badan induk itu menjelaskan Chun Yong menyenaraikan lima pemain yang pernah dipanggil sebelum ini bagi melengkapkan senarai 18 pemain ke latihan pusat kebangsaan iaitu Yazid Kamaruzuan (Melaka), Muhammad Farikh Khabibor Rahman (Perak), Muhamad Arif Johan Johari (Kuala Lumpur TPD) dan Ahmad Jazlan Jalil (T-Team) serta penjaga gol KL City FC, Muhammad Syafiq Hamzah.

Kenyataan itu menyebut sembilan pemain termasuk enam pemain dari skuad futsal Bawah 20 (B-20) kebangsaan, berada dalam senarai menunggu sekiranya mana-mana 18 pemain berkenaan disahkan doktor pasukan mengalami kecederaan.

Enam pemain dari skuad B-20 kebangsaan adalah Muhd Amirul Sugito dan Shah Azman Ekmal Saleh (KL Petaling Putra), Nur Hazim Suleiman dan Mohamad Umarul Hakimi Nasarudin (Perak), Muhammad Saad Sani (Melaka) dan pemain Kelantan Ahmad Aqil Khalis Adli Khairul.

Turut berada dalam senarai menunggu adalah pemain KL Petaling, Putra Muhammad Asyraf Borhanuddin, Hazizi Mansor (KL City) serta pemain Pahang Muhammad Shamsul Akmar Zamri.

Dalam pada itu, Chun Yong berkata sesi latihan selama 10 hari itu akan digunakan untuk mencuba kombinasi pemain baharu yang terdiri daripada beberapa pemain muda dan senior bagi mencari keserasian dengan pemain sedia ada.

“Kita sedang mendapatkan pengesahan daripada dua atau tiga pasukan tempatan untuk diadakan perlawanan persahabatan sepanjang kem latihan pusat berkenaan. Mungkin tiga perlawanan atau paling kurang pun dua perlawanan,” katanya.

Chun Yong memaklumkan lima pemain berkenaan dipilih untuk sesi latihan pusat kebangsaan berdasarkan prestasi semasa sepanjang tiga sirkit awal Liga Futsal Kebangsaan (LFK) 2017 yang dipantau beliau bersama pembantunya.

“Saya mahu beri peluang untuk mereka menunjukkan kemampuan dalam kem latihan pusat ini, sama ada dapat menyesuaikan diri dengan corak latihan di peringkat skuad kebangsaan,” katanya.

Senarai 18 pelatih : Abu Haniffa Hassan, Muhammad Awaluddin Hassan, Mohd Khairul Effendy Mohd Bahrin, Saiful Aula Ahmad, Mohd Firdaus Razali, Saiful Nizam Mohamad Ali, Yazid Kamaruzuan (Melaka); Azrul Hadee Mohd Taufiq, Muhammad Azri Rahman, Mohd Azwann Ismail, Syed Aizad Daniel Syed Nasir, Muhammad Aidil Shahril Rosli (Felda United).

Mohd Awalludin Mat Nawi dan Muhammad Farikh Khabibor Rahman (Perak), Muhamad Arif Johan Johari (Kuala Lumpur TPD), Ahmad Jazlan Jalil (T-Team), Akmarulnizam Mohd Idris (Pahang), Muhammad Syafiq Hamzah (Kuala Lumpur City FC) – BERNAMA

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2m7KeSS

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.