Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lelaki Warga Korea Selatan Ditemukan Mati Di Kondominium - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lelaki Warga Korea Selatan Ditemukan Mati Di Kondominium

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Korea Selatan ditemukan mati di sebuah kondominium di Jalan Sultan Azlan Shah, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP R. Munusamy berkata hasil laporan bedah siasat, lelaki berumur 42 tahun itu mati akibat sakit jantung kira-kira empat hari lepas berdasarkan kesan pereputan pada mayat.

“Mayat kini berada di Hospital Kuala Lumpur dan pihak kedutaan Korea Selatan telah dimaklumkan bagi mengesan anggota keluarganya,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Menurutnya polis dimaklumkan kes itu selepas menerima panggilan daripada seorang pengawal keselamatan kondominum berkenaan pada 10.41 malam tadi yang terhidu bau busuk dari dalam rumah lelaki itu.

Beliau berkata polis dan pengawal keselamatan terpaksa menendang pintu bagi membukanya dan menemukan mayat lelaki itu dalam keadaan tertiarap di atas katil.

Munusamy berkata daripada maklumat ejen yang mengurus sewa unit kondominium itu, lelaki asing itu datang ke Malaysia untuk mempelajari bahasa Inggeris dan menyewa kediaman itu sejak Mei tahun lepas. — Bernama

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2ndgsxL

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.