Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kim Swee Sasar Benam Filipina, Baiki Ranking - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kim Swee Sasar Benam Filipina, Baiki Ranking

DATUK Ong Kim Swee. – Foto Hasriyasyah Sabudin

KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee mensasarkan untuk meningkatkan ranking Harimau Malaysia dengan membenam Filipina pada aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Peringatan Rizal, Manila, 22 Mac ini.

Selepas seri dalam empat pertemuan terakhir sejak 2012 dengan Filipina yang kini menduduki ranking ke-124 FIFA, Kim Swee berharap kemenangan ke atas pasukan itu mampu melonjakkan ranking Harimau Malaysia yang kini menghuni tangga ke-161 dunia.

Perlawanan itu juga menjadi medan pemanas badan sebelum bertemu Korea Utara (ranking 121), dalam aksi sulung pusingan kelayakan Piala Asia 2019, 28 Mac ini.

Jurulatih berusia 47 tahun dari Melaka itu berkata, aksi menentang skuad The Azkals itu amat penting selepas anak buahnya tidak beraksi hampir empat bulan dalam perlawanan antarabangsa – selepas tersingkir pada peringkat kumpulan Piala Suzuki AFF 2016 di Myanmar, November tahun lalu.

“Rekod pertemuan dengan Filipina sering kali berakhir dengan keputusan seri.

“Jadi sudah tentu kali ini kita mahukan kemenangan, tetapi ia bukan mudah kerana Filipina juga sebuah pasukan yang baik manakala kedudukan ranking mereka jauh lebih baik daripada kita,” kata Kim Swee dipetik dalam laman web rasmi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), www.fam.org.my, hari ini.

Mengenai senarai 23 pemain yang dipanggil untuk latihan pusat bermula Isnin ini, beliau berkata majoriti pemain dikekalkan atas faktor persefahaman sesama mereka.

“Saya tak boleh melakukan terlalu banyak pertukaran kerana jika kita tukar ramai sangat pemain, kita perlu lakukan sesuatu yang lain dalam tempoh agak terhad ini. Jadi majoriti pemain dipanggil kali ini sudah memahami apa yang perlu dilakukan.

“Muka baharu yang dipanggil pula adalah berdasarkan prestasi baik mereka dalam saingan liga, seperti Farizal Harun, Akram Mahinan dan Afif Amiruddin,” katanya.

Kim Swee dijangka menyertai kem latihan pusat pada Selasa, sehari lewat kerana masih berada di Melaka bagi urusan keluarga selepas bapanya meninggal dunia, Selasa lalu.

Hari pertama kem latihan skuad Harimau Malaysia di Wisma FAM, Kelana Jaya akan dikendalikan penolong jurulatih kebangsaan, Brad Maloney. – BERNAMA

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lKlZyN

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.