Tanam Semangat Patriotisme Dalam Diri Generasi Sekarang
KUALA LUMPUR: Generasi hari ini perlu ditanam semangat patriotisme sekali gus mengembalikan tradisi yang dipegang oleh pejuang negara semasa Malaysia mencapai kemerdekaannya dahulu.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Khas Pejabat Perdana Menteri Datuk Rizal Mansor berkata, ia berbeza dengan sikap segelintir rakyat kini yang yang cepat membuat kesimpulan menunding jari kepada pihak kerajaan dan pasukan keselamatan apabila berlaku krisis berkaitan keselamatan dalam negara.
“Pihak ini mendakwa kononnya, pasukan keselamatan negara gagal mendapatkan maklumat-maklumat awal bagi membendung kejadian-kejadian seperti kes pencerobohan di Lahad Datu dan yang terbaru berkaitan tragedi pembunuhan Kim Jong Nam.
“Malah lebih teruk lagi, ada juga suara sumbang yang mengaitkan dengan ‘teori konspirasi’. Golongan ini tanpa segan silu memuat naik komentar-komentar yang begitu biadap mengecam kerajaan serta mempersoalkan keberkesanan pasukan keselamatan kita.
“Melalui pantauan dan komentar-komentar seumpama ini di media sosial, generasi sekarang seolah-olah sudah tiada lagi semangat patriotisme dalam diri mereka,” katanya dalam catatan di laman Facebooknya hari ini.
Tegas Rial, golongan ini lebih rela melihat negara diperkotak-katikan dan dipandang rendah pihak luar.
“Bagi mereka tindak balas kerajaan terhadap pihak luar yang berkonfrontasi hanya akan mempertaruhkan keselamatan rakyat dalam negara ini.
“Sikap yang ditunjukkan oleh generasi hari ini berbeza berbanding dahulu. Belum pun negara diserang secara langsung, mereka ini telah ‘menyerah kalah’ dan lebih rela menjadi barua kepada musuh.
“Keupayaan anggota keselamatan diperlekehkan dan dipersoalkan dari segi risikan pemilikan teknologi persenjataan sehinggalah ke aspek pengendalian kapal selam,” jelasnya.
Ujarnya, hal itu diterapkan dalam pemikiran generasi-generasi baru oleh individu-individu berkepentingan politik.
“Konsistensi mereka dalam menyebarkan dakyah-dakyah palsu ini selama puluhan tahun akhirnya berhasil menjadikan generasi hari ini hilang semangat patriotisme.
“Generasi kini sudah berada dalam ‘zon selesa’ dan pengorbanan pasukan keselamatan seperti polis dan tentera yang berkawal di sempadan seolah dipandang enteng sedangkan nyawa dipertaruhkan.
“Mungkin sudah tiba masanya, kita semua melihat kembali bagaimana hal seperti ini perlu diuruskan. Semangat patriotisme rakyat adalah elemen terpenting bagi pembangunan sesebuah negara,” katanya.
Rizal turut menyatakan rasa terkilan apabila melihat rakyat di beberapa buah negara yang lebih maju berbanding Malaysia mempunyai semangat patriotisma yang sangat tinggi apabila negara mereka berhadapan dengan krisis.
“Sedangkan reaksi segelintir rakyat dalam negara ini pula apabila menghadapi perkara yang serupa ialah cepat menunding jari,” jelasnya.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nmH6DH✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment