Hi! Welcome Back and Stay Tune! Piala FA: PKNP Lakar Sejarah Mara Suku Akhir - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Piala FA: PKNP Lakar Sejarah Mara Suku Akhir

PEMAIN PKNP FC, Muhammad Shahrel Fikri meraikan kejayaan menjaringkan gol kemenangan 5-4 dalam saingan Piala FA menentang Kuantan FA di Stadium Perak. – Foto Effendy Rashid

IPOH: Pasukan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) FC mencipta sejarah apabila buat pertama kalinya mara ke suku akhir Piala FA, selepas menyingkirkan Kuantan FA 5-4 pada saingan di Stadium Perak di sini, sebentar tadi.

Kapten pasukan, Muhammad Shahrel Fitri muncul wira tuan rumah apabila menjaringkan gol kemenangan sejurus sebelum wisel penamat untuk menghancurkan harapan pelawat yang mengikat kedudukan 4-4 seminit sebelum itu. 

Pada perlawanan sengit dan dramatik itu, kedua-dua pasukan terpaksa meneruskan perlawanan dengan 10 pemain selepas masing-masing menyaksikan seorang pemain mereka diperintah keluar padang. 

Anak buah Abu Bakar Fadzim tampak seperti sudah ‘membunuh’ pelawat dengan empat gol pada babak pertama, bagaimanapun melalui detik-detik cemas apabila Kuantan FA bangkit pada babak kedua.   

Pada perlawanan itu, PKNP mendahului 1-0 menerusi Iskander Zulkarnaen yang tertampan bola ke dalam gawang sendiri. Muhammad Fadhli Idris kemudian menjadikan kedudukan 2-0 pada minit ke-24. 

Tuan rumah semakin selesa apabila Shahrel dan Vincent Lucas mengukuhkan kedudukan kepada 4-0, sebelum pemain import Kuantan FA, Ljubo Baranin memulakan kebangkitan pelawat melalui sepakan penalti pada minit ke-41.

Babak kedua menyaksikan perubahan taktikal pengendali Kuantan FA, Zulhamizan Zakaria yang menyuntik tiga gol melalui Abdul Malik Mat Ariff dan Baranin serta Vukmirovic Stefan bagi menyamakan kedudukan.

Namun jaringan Shahrel pada minit terakhir memusnahkan impian Kuantan FA untuk mengheret permainan ke masa tambahan.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mrc4uZ

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.