Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tiada Permintaan Daripada Rosmah Untuk Bertemu Rajnikanth – Rizal - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tiada Permintaan Daripada Rosmah Untuk Bertemu Rajnikanth – Rizal

KUALA LUMPUR: Laporan berita baru-baru ini yang menyebut bahawa terdapat permintaan daripada isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor untuk bertemu bintang filem Tamil, Rajnikanth, seperti yang disiarkan Malaysiakini hari ini, adalah tidak benar sama sekali.

Ketika menafikan laporan itu, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Khas Pejabat Perdana Menteri Datuk Rizal Mansor, berkata spekulasi daripada sumber tidak berasas sangat tidak membantu.

“Datin Seri Rosmah amat menyanjungi Rajnikanth dan memahami bahawa beliau seorang bintang yang sangat ternama – di India dan di Malaysia.

“Bagaimanapun, laporan berita baru-baru ini yang menyebut terdapat permintaan untuk beliau bertemu Mr. Shivaji (nama sebenar Rajnikanth ialah Sivaji Rao Gaekwad) adalah tidak benar sama sekali. Tidak ada pun dalam jadual lawatan ke negara yang merupakan sebuah daripada ekonomi paling pantas berkembang di dunia,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurut Malaysiakini laporan itu diperoleh daripada The Telegraph, sebuah laman web berita India, bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri dikatakan telah meminta untuk bertemu Rajnikanth.

Bagaimanapun, Malaysiakini gagal untuk mengesahkan dakwaan itu.

Najib, diiringi Rosmah, akan melakukan lawatan rasmi lima hari ke India mulai esok, meliputi Chennai, New Delhi dan Jaipur. — Bernama

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nvJ2e6

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.