Hi! Welcome Back and Stay Tune! Video: Mengamuk Gara-Gara Digi ‘Telan’ RM4 Setiap Hari - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Video: Mengamuk Gara-Gara Digi ‘Telan’ RM4 Setiap Hari

Spread the love

KAKITANGAN sebuah premis jualan telekomunikasi di bandar Sibu, Sarawak digemparkan dengan tindakan seorang lelaki yang tiba-tiba memecahkan cermin premis berkenaan.

Dalam kejadian yang berlaku di Digi Store di Medan Mall itu, suspek yang menggunakan kereta jenis Toyota Hilux bertindak memerosakkan premis di Jalan Wong King Huo pada jam 1.45 tengah hari.

Menerusi rakaman video, suspek berusia 30-an itu diihat memecahkan semua cermin di premis tersebut dengan menggunakan kayu golf.

Lelaki itu kemudian memecut kenderaannya ke sebuah lagi pusat khidmat syarikat telekomunikasi sama di Jalan Keranji dan memecahkan pintu hadapan premis berkenaan, lapor Berita Harian.
[embedded content]

Selain itu, kesemua telefon bimbit di dalam premis itu turut dipecahkan suspek.

Ketika kejadian, pengawal keselamatan yang berdiri di hadapan pintu premis tergamam dan berlari masuk ke dalam premis tersebut.

Difahamkan, kejadian berpunca gara-gara suspek tidak puas apabila kredit telefon prabayarnya susut RM4 setiap hari.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Saiful Bahari Abdullah berkata, polis berjaya menjejaki suspek yang bekerja di sebuah pusat hiburan dan menahannya di sebuah lokasi di Jalan Belian pada jam 5 petang semalam.

Kayu golf yang digunakan untuk merosakkan premis itu juga turut dirampas dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 dan 427 kanun Keseksaan. -MYNEWSHUB.CC


Loading…

Spread the love

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mUEBLY

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.