Wanita Muda Ini Dapat Kerja Idaman Setiap Orang: Duduk Atas Sofa Baru Selama 10 Jam Setiap Hari
Anna Cherdantseva, 26, dari banda Ufa di Rusia kini seorang pekerja tester sofa sepenuh masa – dan dia menghabiskan masa 10 jam sehari untuk mencuba sofa baharu untuk keselesaan dan keselamatan.
Bulan lepas, gergasi perabut Rusia, MZ5 Group mengiklankan tawaran jawatan itu. Biarpun perabut-perabutnya sudah melalui percubaan di makmal, pihak pengurusan memutuskan untuk mendapatkan respon balas dari percubaan dari manusia yang betul bagi memastikan kualiti produk.
Dalam masa beberapa hari, MZ5 menerima lebih 5,000 permohonan dari orang ramai yang mahu menghabiskan masa seharian mereka di atas sofa.
“Kami membuat pemilihan berdasarkan beberapa tahap,” kata jurucakap MZ5, Antasia Russkih.
“Pada mulanya, kami memeriksa CV mereka dan kami dengar dari mereka kenapa mereka mahukan kerja ini,” katanya lagi.
Akhirnya, syarikat itu menyenarai pendek 7 pemohon dan akhirnya Anna, seorang pakar pemasaran, berjaya membuktikan dia yang paling layak untuk jawatan itu.
“Saya dapat rasa cabaran, ianya satu pertarungan untuk kerja idaman saya,” kata Anna. Biarpun Anna berkata biarpun dia seorang yang aktif, menghabiskan masa 10 jam sehari duduk atas sofa tidak seteruk yang disangkakan.
“Dan tentu saya akan habiskan banyak masa atas sofa baru, lebih lama masa saya habiskan untuknya, lebih baik prestasi kerja saya,” kata Anna kepada pemberita.
Difahamkan, Anna kini dalam probation dan dia akan menerima gaji bulanan $1,000 (RM4,400) ketika tempoh ini.
Secara asasnya, setiap hari kerja Anna cuma duduk atas sofa sahaja.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment