Awie menanti cahaya mata
Penyanyi terkenal Datuk Awie berharap dikurniakan anak segera menerusi perkahwinan ketiganya dengan Datin Sharifah Ladyana Syed Samsuddin.
Menurut Awie, 49, buat masa sekarang isterinya belum ada sebarang tanda kehamilan selepas mereka berkahwin pada 7 Oktober lalu.
Terdahulu vokalis kumpulan Wings itu dikatakan mengidam asam sekali gus menimbulkan persoalan isterinya kini hamil.
“Saya tunggu juga mana tahu ada khabar gembira nanti. Buat masa ini belum lagi. Jadi doakan saja.
“Berkenaan makanan itu, sejak dua hari lalu saya memang teringin nak makan. Bukan sebab alahan atau mengidam pun,” katanya kepada Harian Metro.
Perkembangan lain, Awie yang kini sibuk menjalani latihan Konsert Wings & Superfriends Belenggu Irama di Istana Budaya berkata persiapan konsert berjalan lancar dengan kerjasama semua pemuzik dan penyanyi jemputan.
“Alhamdulillah latihan masih berlangsung dan malam esok kami masuk panggung Istana Budaya. Apa saya boleh katakan, konsert ini istimewa dan lain daripada lain.
“Bukan saja susunan lagu, malah ia mampu menarik perhatian dengan adanya pembabitan ramai artis ternama tempatan,” katanya.
Difahamkan tiket menyaksikan konsert itu pada 8 April habis terjual. Bagaimanapun peminat masih boleh menyaksikan persembahan pada 6, 7 dan 9 April ini di Istana Budaya.
Selain Wings antara penyanyi lain yang terbabit ialah Datuk M Nasir, Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Nash, Datuk Ramli Sarip, Syamel, Liza Hanim, Bila AF, Maya Karin, Lan Kristal dan banyak lagi
The post Awie menanti cahaya mata appeared first on Berita Viral.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2nCmPdW✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment