Hi! Welcome Back and Stay Tune! Jurutera China Mengahwini Robot Buatan Sendiri Kerana Gagal Menemui Teman Wanita - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Jurutera China Mengahwini Robot Buatan Sendiri Kerana Gagal Menemui Teman Wanita

Ajal dan jodoh kesemuanya di tangan tuhan. Ini pepatah yang digunapakai oleh ramai insan di dunia. Tetapi bagi mereka yang tidak sabar menanti jodoh, mereka mungkin boleh mengikut langkah yang diambil oleh Zheng Jiajia. Zheng seorang jurutera dari yang pernah bertugas di Huawei bertindak nekad mengahwini robot yang dibinanya sendiri setelah gagal menemui teman wanita manusia.

Robot yang diberi nama Yinying oleh beliau ini boleh bertutur dan memahami beberapa frasa Mandarin. Majlis perkahwinan dilangsungkan hujung minggu lalu dan dihadiri oleh ibu dan kenalan rapat Zheng. Beliau akan terus menambahbaik “isteri” beliau bagi menambah kemampuan. Pelan seterusnya untuk memberikan Yingying kemampuan berjalan.

Ini bukan kali pertama seorang lelaki bertindak menghasilkan robot sebagai pengganti wanita sebenar. Tahun lalu kami melaporkan seorang jurutera di Hong Kong menghasilkan robot yang mempunyai wajah seperti Scarlett Johansson.

Di China nisbah kaum lelaki kepada wanita adalah tinggi. Akibatnya sukar bagi lelaki untuk menemui jodoh kerana wanita mempunyai kemampuan memilih. Sekiranya anda di dalam situasi yang sama seperti Zheng, adakah anda akan melakukan perkara yang sama?

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2nEo3VW

✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.