Peranti Boleh-Lipat Daripada Samsung Mungkin Tidak Hadir Sehingga 2019 Kelak
Pada hari ini, peranti dengan skrin bezel yang nipis menjadi fokus ramai pengeluar, dan bergerak kehadapan, semestinya arena seterusnya yang bakal dilihat adalah telefon pintar fleksibel atau boleh-dilipat.
Sebelum ini, beberapa konsep telah diperlihatkan termasuk daripada Samsung dan Lenovo. Melalui konsep yang diperlihatkan, antaranya adalah peranti boleh-lipat yang beroperasi sebagai telefon pintar dan berubah menjadi tablet apabila dibuka. Selain daripada itu, konsep yang lain adalah termasuk telefon pintar dengan skrin fleksibel yang boleh diubah kepada jam tangan pintar dan dipakai pada tangan.
Bercakap mengenai teknologi skrin paparan fleksibel, Samsung Display mengatakan ia mungkin tidak dikomersialkan sehingga tahun 2019 kelak. Buat masa ini, fokus dikatakan terhadap paparan bebas-bezel, sekaligus membolehkan mereka menggunakan lebih masa untuk membangunkan paparan fleksibel.
Ia dikatakan masih terdapat beberapa kekangan untuk paparan fleksibel buat masa ini, tetapi dijangka akan diatasi.
Sebelum ini, ia dikatakan Samsung mungkin hadir dengan peranti dengan skrin fleksibel seawal tahun ini – tetapi ia masih tidak berlaku lagi sehingga ke hari ini. Desas-desus sebelum ini dikatakan peranti seumpamanya oleh Samsung mungkin dikenali dengan nama Galaxy X. Mungkinkah kita akan melihat Galaxy 9 dengan panel biasa pada 2018, dan Galaxy X muncul dengan skrin fleksibel pada 2019 kelak?
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2n74jhx✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment