Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Semua Tahu Siapa Juwie, Wartawan Hiburan Yang Dihormati Semasa Hayatnya” - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Semua Tahu Siapa Juwie, Wartawan Hiburan Yang Dihormati Semasa Hayatnya”

Semua tahu siapa Juwie. Dia ini insan lembu, orang nak panggil dia pondan ke bapuk ke apa ker, Juwie tetap kata dia insan khunsa iaitu insan yang mempunyai dua jantina. Jadi, janganlah kita pandang serong kepada dia kerana dia tidak pernah minta dilahirkan begitu.

Juwie menjadi anak emas akhbar Utusan. Dia masuk kerja ikut suka dia dan tiada siapa berani cakap apa kerana dia telah buktikan hasil kerjanya. Kreativiti Juwie hanya muncul di tengah-tengah malam ketika orang lain sedang nyenyak tidur, dia mengetuk typewriter sampai pagi. Masa orang lain kerja, Juwie tidur dan sekiranya ada meeting di pejabat, haruslah diubah lepas pukul dua petang kalau mereka mahu Juwie hadir.

Masa Juwie buat ruangan gossip di Utusan, juga meletup!  Sehingga kini tiada lagi wartawan hiburan lain di Malaysia ini yang dapat mengendalikan sebuah ruangan gosip sebagaimana Juwie melakukannya dulu. Dia banyak dapat cerita-cerita eksklusif dan tiada wartawan lain boleh dapat apa yang Juwie dapat.

Kelemahan Juwie pada kerjanya hanya satu. Dia terlalu amanah. Sekiranya dia tahu cerita yang ‘gelap’ mengenai seseorang artis, dia akan hubungi artis itu dan sekiranya artis itu merayu jangan tulis atau bahasa akhbar ‘off the record’ dia tidak akan tulis atau bocorkan walaupun diletak pisau dilehernya. Akibatnya, pada pandangan kerja, ada kalanya tulisannya kekadang berat sebelah. kalau susah sangat, dia tidak akan tulis langsung.

Tahukah anda sebahagiaan besar daripada hidup dan harta yang dimilikinya dikongsi tanpa mengira orang itu kenalan dia ataupun tidak. Semasa dia mula-mula bekerja, dia tinggal di Kampung Datuk Keramat pada lewat tahun 80-an dulu. Juwie berjiran dengan Kak Jee di aparment berhampiran. Kak Jee dapat tahu, wang gajinya ketika itu, banyak dihabiskan membantu budak-budak universiti yang ramai duduk di kawasan itu,. kalau mereka kesuntukkan duit nak beli buku, maka Juwie lah tempat mereka mengadu. Begitu mulianya hati Juwie.

Namun hari ini, gelanaplah dua tahun pemergian wartawan hiburan yang disegani oleh rakan-rakan wartawan dan dihormati oleh artis-artis tanahair.

Juwie atau nama sebenarnya Abdul Jalil Saleh meninggal dunia pada 3 April 2015 pada usia 62 tahun di Pusat Perubatan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras, dekat sini akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuk kanser prostat.

Al-Fatihah untuk Juwie.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2nYiST6

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.