Hi! Welcome Back and Stay Tune! Penduduk Gali Kepak Ayam Dibuang - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Penduduk Gali Kepak Ayam Dibuang

SIBU: Sekumpulan penduduk tempatan dilaporkan telah menggali kepak ayam yang dipercayai telah dibuang oleh pihak kastam Sibu di sini. 

Kejadian yang berlaku di Jalan Engkalat di sini menyaksikan penduduk kampung tersebut sanggup menggali semula tanah berkenaan untuk mendapatkan kembali kepak ayam yang didakwa masih segar sebelum dibasuh sama ada untuk dimakan atau dijual.

Menurut sumber, pihak Kastam Sibu telah merampas sejumlah tiga tan kepak ayam dari sebuah lori kontena sejak Jumaat lalu kerana gagal mempamerkan permit import yang sah. Pihak kastam juga mendakwa kontena tersebut datang dari negara yang disyaki mempunyai wabak H1N1.

BACA: Pihak berkuasa siasat orang ramai gali kepak ayam dibuang

Sementara itu di laman Facebook Jabatan Kastam Diraja Malaysia masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kejadian itu.

Orang ramai diingatkan tidak berbuat demikian kerana bimbang makanan yang telah dirampas dan dibuang ini tercemar dan boleh mengakibatkan keracunan jika dimakan.

Semantara itu, pihak berkuasa tempatan telah digerakkan untuk menyiasat kejadian sebilangan penduduk yang dilapor menggali kepak ayam yang dibuang di Bukit Aup hari ini.

Residen Bahagian Sibu, Hii Chang Kee berkata pihak berkuasa akan mengambil langkah untuk menghalang orang ramai daripada mendapatkan kepak ayam berkenaan yang dibuang pihak penguat kuasa Jumaat lalu.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2n7rurN

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.