Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bayi Perempuan Lemas Dalam Baldi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bayi Perempuan Lemas Dalam Baldi

KUALA LUMPUR – Seorang bayi perempuan berusia satu tahun ditemui lemas dalam baldi berisi air malam tadi, lapor Harian Metro. 
Halimah Assaadiah, 1, ditemui lemas dalam baldi dipercayai terjatuh ketika cuba mengambil botol susunya yang terjatuh dalam baldi tersebut. 
“Selepas solat Isyak berjemaah, saya pergi ke tandas. Pintu tandas ketika itu terbuka sedikit. Apabila saya tolak, nampak macam baju Halimah terapung dalam baldi. Saya tak perasan yang sebenarnya Halimah dalam baldi itu,” demikian kata saksi kejadian yang juga pelajar Madrasah al-Yamani, Siti Hawa Azhari, 17, malam tadi. 
Menurutnya, anak ke-16 Allahyarham Ustaz Syed Mohd Fadzli Syed Ahmad Al-Yamani itu bermain seorang diri apabila dia bersama tujuh pelajar madrasah terbabit bersama ibu mangsa, Fatoom Ahmed Abdoh, 32, sedang solat berjemaah. 
“Dia bermain seorang diri sehingga masuk ke tandas. Kemudian botol susu yang dipegangnya dipercayai terjatuh ke dalam baldi itu. Halimah cuba mengambilnya tetapi tersungkur dan lemas dalam baldi. 
“Biasanya, pelajar yang uzur akan tengok-tengokkan dia. Tetapi semalam, semua solat. Bila saya nampak Halimah tersembam dalam baldi, saya terus menjerit memanggil ibunya,” katanya yang baru setahun belajar di madrasah berkenaan. 
Abang mangsa, Mohd Abdurrahman Syed Mohd Fadzli, 21, berkata, dia hanya mengetahui insiden yang menimpa adiknya itu selepas dimaklumkan oleh seorang pelajar. 
“Adik mungkin sudah tiada ketika dalam perjalanan ke Pusat Rawatan Islam Kampung Baru, sebelum saya membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi. 
“Jenazah kemudian dibawa ke Hospital Kuala Lumpur malam tadi untuk dibedah siasat,” katanya selepas pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Taman Batu Muda, Gombak, jam 3.10 petang tadi. 
Allahyarham Halimah Assaadiah yang jenazahnya terdahulu disembahyangkan di Surau Al Ikhwaniah Blok A Flat PKNS Kampung Baru adalah anak sulung Allahyarham Ustaz Syed Mohd Fadzli daripada dua beradik dengan isteri keempat, Fatoom. – The Reporter


Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2nFnzi4

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.