Hi! Welcome Back and Stay Tune! TMJ Letakkan Sasaran Harimau Malaya Layak Ke Piala Dunia 2026 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

TMJ Letakkan Sasaran Harimau Malaya Layak Ke Piala Dunia 2026

BARU dua minggu memegang tampuk kepimpinan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sudah pun memberi bayangan sejauh mana Harimau Malaya akan melangkah di pentas antarabangsa.
TMJ Letakkan Sasaran Harimau Malaya Layak Ke Piala Dunia 2026

Dalam temu ramah bersama saluran Fox Sports Asia, Tunku Ismail atau lebih mesra dikenali sebagai TMJ, meletakkan sasaran untuk pasukan kebangsaan layak ke Piala Dunia 2026.

Biarpun sedar sasaran itu agak sukar dicapai, baginda kelihatan yakin jika semua pihak memberi komitmen dan kerjasama seperti yang diharapkan, ia tidak mustahil menjadi kenyataan.

“Kita perlu mula bekerja keras dari sekarang, pertukaran struktur pentadbiran dan pemikiran semua yang terlibat,” titah TMJ.

Untuk makluman, Piala Dunia 2026 akan menyaksikan perubahan format, di mana dengan 48 pasukan akan bertanding di pusingan akhir kejohanan.

Slot pasukan dari Asia pula akan ditambah menjadi lapan pasukan.

Dalam perkembangan lain, Tunku Ismail agak skeptikal apabila diminta memberikan jangkaan terhadap Harimau Malaya dalam perlawanan kelayakan Piala Asia menentang Korea Utara, Jun depan.

“Pasukan kebangsaan sudah lama tidur. Lawan kita pula bukan calang-calang.

“Tetapi saya yakin kita akan berjuang habis-habisan. Beri Mario Gomez (ketua jurulatih kebangsaan) peluang untuk tunjukkan sesuatu,” kata Tunku Ismail.

Ditanya mengenai visinya sebaik sahaja dilantik sebagai Presiden, beliau berkata paling penting ialah pendidikan dan penerapan elemen profesionalisme dalam diri semua yang terlibat.

“Paling jelas, semua pasukan dalam Liga Malaysia perlu dididik untuk tahu menguruskan hal kewangan dengan bijak untuk mengelakkan masalah seperti kelewatan pembayaran gaji yang boleh membawa kepada masalah lebih serius seperti ‘match fixing’ dan sebagainya,” kata beliau.

Turut diberi perhatian ialah pembangunan bola sepak di peringkat akar umbi.

“Perkara ini perlu difikirkan, bukan setakat memberi perhatian kepada mengambil bahagian dalam Liga Super atau Liga Perdana, dan menghabiskan wang yang banyak untuk membeli pemain import,” tambah beliau.

Sumber: Astro Awani

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2nG2rs0

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.