Hi! Welcome Back and Stay Tune! Gelaran Harimau Malaya Mampu Suntik Semangat Baharu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Gelaran Harimau Malaya Mampu Suntik Semangat Baharu

KOTA KINABALU: Legenda Sabah, Datuk Hassan Sani berharap penggunaan semula nama Harimau Malaya menyuntik semangat baharu kepada pemain untuk tampil lebih garang demi mengembalikan kegemilangan skuad bola sepak negara seperti suatu masa dulu.

Ketika dihubungi BH di sini, hari ini, beliau yang juga Penasihat Pembangunan Bola Sepak Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA), berkata penggunaan nama Harimau Malaya pernah membawa banyak kejayaan kepada skuad negara suatu ketika dulu.

Katanya, walau apa juga nama gelaran skuad kebangsaan, yang penting ialah pemain yang menyarung jersi Malaysia perlu menunjukkan tahap permainan membanggakan demi mengembalikan maruah negara.

“Saya tidak cakap nama Harimau Malaysia tidak bagus… tetapi dari segi sejarah, kita dapati nama Harimau Malaya membawa banyak kejayaan kepada skuad kebangsaan.

“Mungkin dengan penukaran nama itu akan memberi lebih semangat kepada pemain negara berdasarkan kejayaan Harimau Malaya suatu masa dulu,” katanya.

Skuad kebangsaan kembali menggunakan nama Harimau Malaya selepas Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menitahkan nama Harimau Malaysia ditukar semula kepada Harimau Malaya.

Penukaran semula nama gelaran skuad kebangsaan itu menimbulkan reaksi berbeza dalam kalangan peminat.

Sebahagian peminat gembira skuad negara kembali menggunakan gelaran Harimau Malaya sempena spesies harimau ‘Panthera tigris jacksoni’ yang mendiami hutan di kawasan tengah dan selatan Semenanjung serta sinonim dengan sejarah kegemilangan skuad kebangsaan.

Bagaimanapun, sebahagian peminat merasakan nama itu tidak sesuai kerana ia tidak mewakili rakyat Malaysia di Sabah dan Sarawak.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2nF57GJ

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.