Hi! Welcome Back and Stay Tune! Shahrizat Harap BETR 2.0 Turut Sertakan Agenda Ekonomi Wanita Bumiputera - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Shahrizat Harap BETR 2.0 Turut Sertakan Agenda Ekonomi Wanita Bumiputera

KUALA LUMPUR: Penasihat Pembangunan Keusahawanan dan Ikhtisas Wanita di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil, berharap Agenda Ekonomi Wanita Bumiputera turut disertakan dalam Makmal Sindikasi Hala Tuju Transformasi Ekonomi Bumiputera (BETR 2.0).

Beliau berkata agenda itu akan menjadi medium baharu bagi wanita bumiputera untuk lebih berdaya saing dan mengukuhkan penyertaan mereka dalam ekonomi negara.

“Saya berharap makmal ini dapat membincangkan isu-isu berkaitan wanita dalam menghasilkan satu struktur khusus untuk wanita dalam bidang ekonomi.

“Saya yakin anjakan paradigma ini dapat membantu melonjakkan sumbangan wanita dalam pembangunan ekonomi seterusnya kestabilan negara dapat dirasai oleh setiap lapisan masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Katanya program BETR 2.0, di bawah Unit Peneraju Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju), merupakan satu tindakan tepat dalam penelitian semula Agenda Transformasi Ekonomi Bumiputera dan bersesuaian dengan cabaran ekonomi semasa.

BETR 2.0 dilancarkan semalam oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan yang mewakili Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bertujuan membincangkan dan meneliti semula dasar-dasar dalam Agenda Transformasi Ekonomi Bumiputera. – BERNAMA

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2nT70jR

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.