Pemuda Maut Motosikal Bergesel
KEPALA BATAS : Seorang penunggang motosikal maut selepas bergesel dengan sebuah motosikal lain dalam kemalangan di Kilometer (KM )118 Lebuhraya Utara Selatan( PLUS) , dekat Sungai Dua,Pulau Pinang petang Selasa.
Dalam kejadian kira- kira jam 6.50 petang itu, mangsa Mohamad Amin Wan Abdul Talib , 23 tahun meninggal dunia ditempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Azmi Adam ketika dihubungi menerusi Aplikasi Whatsapp berkata, mangsa yang maut dipercayai dalam perjalanan dari Sungai Dua menuju ke Sungai Petani bergesel dengan sebuah lagi motosikal yang juga dari arah sama.
Menurut Azmi, berdasarkan keadaan mangsa, polis tidak menolak kemungkinan mangsa terjatuh ke tengah jalan dan dilanggar kenderaan lain.
Bagaimanapun seorang lagi penunggang motosikal dilaporkan selamat dan cedera.
Sehubungan itu, pihak polis meminta saksi kejadian menghubungi balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.
Mayat Mohamad Amin dan seorang lagi penunggang motosikal dihantar ke Hospital Kepala Batas untuk bedah siasat.
Kes disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2nG3FUc✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment