Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lima Mayat Mangsa Banjir Lumpur Di Kinabatangan Ditemui - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lima Mayat Mangsa Banjir Lumpur Di Kinabatangan Ditemui

SANDAKAN: Lima mayat dipercayai mangsa banjir lumpur akibat kejadian tanah runtuh di Ladang Sen Fu, Tongod, Kinabatangan Sabtu lepas, ditemukan di lokasi berasingan di Sungai Pinangah, Tongod.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintenden A.Sahak Rahmat. berkata mayat lima mangsa itu ditemukan dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari ini sebelum ditangguhkan pada 6 petang.

Dua mayat ditemui semalam oleh penduduk kampung di sungai berhampiran Kampung Masaum, tiga lagi mayat ditemukan hari ini oleh pasukan SAR iaitu dua di sungai berhampiran Kampung Pasik dan seorang berhampiran Kampung Mangkuwagu.

Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sabah dala satu kenyataan hari ini berkata semua mayat dibawa menggunakan bot ke jeti di Kampung Pinangah hari ini dan diserahkan kepada pihak polis.

“Tiga lagi mangsa belum ditemukan berikutan maklumat diperoleh hari ini daripada pasukan SAR di kawasan kejadian Ladang Sen Fu dan Pinangah terdapat lapan mangsa hilang dalam kejadian itu,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, lima mayat yang ditemukan adalah tiga lelaki termasuk dua kanak-kanak dan dua perempuan dewasa.

Operasi yang masuk hari keempat hari ini membabitkan 17 anggota Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (Storm), lapan anggota Pasukan Multi-Skill Team (MUST), 10 anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Zon Sandakan serta lima anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau.

Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan polis turut terlibat dalam operasi SAR itu.

Operasi SAR tertumpu di sepanjang sungai Pinangah, manakala operasi SAR di kawasan Sungai Labou menumpukan pencarian mangsa lain yang tertumpu di bawah timbunan kayu balak, batu dan lumpur di tempat kejadian.

Pada kejadian 1 April lepas, banjir lumpur akibat tanah runtuh menghempap tiga rumah pekerja di ladang kelapa sawit itu menyebabkan lapan penghuni rumah tersebut hilang dihanyutkan banjir lumpur. – BERNAMA

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2oUJS3O

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.