Hi! Welcome Back and Stay Tune! RUU Dibentang Menjadikan GrabCar, Uber Perkhidmatan Awam Sah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

RUU Dibentang Menjadikan GrabCar, Uber Perkhidmatan Awam Sah

KUALA LUMPUR: Rang undang-undang telah dibentang bagi membolehkan perkhidmatan ‘e-hailing’ seperti Uber dan Grabcar adalah perkhidmatan awam yang sah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Nancy Shukri membentangkan Rang Undang-Undang Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2017 untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini.

Pindaan itu mencadangkan supaya kenderaan e-hailing menjadi satu kenderaan perkhidmatan awam tertakluk kepada lesen perniagaan pengantaraan.

Nancy turut membentangkan RUU Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 2017 untuk bacaan kali pertama yang antara lain mencadangkan takrif kenderaan ‘e-hailing’ dimasukkan ke dalam Jadual Pertama Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.

Cadangan pindaan terhadap Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 ini termasuk peruntukan bahawa tiada seorang pun boleh mengendalikan perniagaan pengantaraan melainkan jika ia memegang lesen yang dipohon daripada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat.

Nancy berkata kedua-dua RUU akan dibentang untuk bacaan kali kedua dan ketiga pada sesi persidangan Dewan Rakyat kali ini. – BERNAMA

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2oxOOil

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.