Hi! Welcome Back and Stay Tune! FAM Perlu RM40 Juta - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

FAM Perlu RM40 Juta

TUNKU Ismail Sultan Ibrahim mengadakan perjumpaan dengan editor-editor sukan di Bangunan Sultan Ibrahim hari ini. – Foto BERNAMA

JOHOR BAHRU: Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengakui badan induk itu memerlukan sekurang-kurangnya RM40 juta bagi menguruskan perjalanan kewangan badan induk itu, termasuk Liga Malaysia (Liga M) dan skuad kebangsaan.

Beliau yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) turut mendedahkan FAM kekurangan dana hasil daripada semakan ke atas fail kewangan, perjalanan liga dan kelengkapan pasukan kebangsaan.

Sambil mengakui berdepan tugas sukar, Tunku Ismail bagaimanapun tetap optimis untuk melakukan yang terbaik demi perubahan bola sepak Malaysia.

“Hari pertama saya tiba di pejabat FAM selepas dilantik menjadi presiden, saya terkejut selepas menyemak fail yang diberikan pegawai saya kerana FAM memang tidak cukup duit.

“Bukan RM10 juta, tapi kami memerlukan sekurang-kurangnya RM40 juta dan macam mana saya nak uruskan liga, bawa jurulatih skuad kebangsaan yang baharu atau beli peralatan pasukan?

“Namun, saya tidak mahu fikir apa yang terjadi sebelum ini dan apa yang saya harus lakukan adalah mencari dana buat FAM, termasuk menerusi hak penyiaran dan penajaan,” katanya pada taklimat bersama wakil media di Bangunan Sultan Ibrahim di sini, hari ini.

Menyemak akaun FAM menjadi langkah awal dijanjikan TMJ sejurus dipilih sebagai presiden pada 25 Mac lalu.

Sementara itu, langkah kedua iaitu memperbaiki struktur dan falsafah skuad kebangsaan juga sedang dalam proses dilakukan TMJ. 

Mengulas mengenai penggunaan semula nama gelaran Harimau Malaya untuk skuad kebangsaan, TMJ berharap ia mampu menyumbang sedikit kepada kebangkitan bola sepak negara di peringkat antarabangsa. 

“Ia sebenarnya hanya perkara kecil dan tiada yang bantah keputusan itu (tukar semula ke Harimau Malaya). Sebelum ini beberapa kejayaan dicapai skuad Harimau Malaya. 

“Jadi saya harap penggunaan semula nama gelaran itu mampu menyumbang sesuatu buat skuad kebangsaan walaupun sedikit,” katanya.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2nSVJ2Z

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.