Pihak Berkuasa Siasat Orang Ramai Gali Kepak Ayam Dibuang
SIBU: Pihak berkuasa telah digerakkan untuk menyiasat kejadian sebilangan penduduk yang dilapor menggali kepak ayam yang dibuang di Bukit Aup hari ini.
Residen Bahagian Sibu, Hii Chang Kee berkata pihak berkuasa akan mengambil langkah untuk menghalang orang ramai daripada mendapatkan kepak ayam berkenaan yang dibuang pihak penguat kuasa Jumaat lalu.
“Kita menasihatkan mereka yang mengambil sayap ayam itu agar tidak memakannya kerana kita tidak tahu sumber dan kualiti kepak-kepak ayam itu,” katanya dalam satu kenyataan menerusi WhatsApp hari ini.
Beliau diminta mengulas mengenai perkara itu seperti yang dilapor sebuah akhbar harian berbahasa Inggeris dalam edisi atas taliannya hari ini.
Laporan itu menyebut beberapa penduduk kampung sekitar Bukit Aup datang ke kawasan pembuangan itu dan menggali syap-sayap ayam yang ditanam di dalam tanah selepas mereka mengetahui mengenai pembuangan bahan-bahan itu.
Laporan tersebut beserta gambar pembuangan dan video orang ramai sedang menggali menjadi tular menerusi media sosial.
Para netizen melahirkan rasa kecewa dengan tindakan para penduduk dengan berkata memakan sayap-sayap ayam berkenaan boleh membahayakan kesihatan mereka.
“Ia tidak elok untuk dimakan setelah ditanam beberapa hari. Mereka tidak patut menggalinya,” kata pengguna Facebook, Joseph Setu.
Seorang lagi pengguna Facebook, Emily Sangan bimbang sayap-sayap ayam berkenaan akan turut dijual di pasar.
“Ia boleh dicampur dengan sayap ayam yang lain oleh peniaga yang tidak bertanggungjawab,” katanya.
Jalil Unjar pula berkata berkata betapa mereka suka dengan sayap ayam, mereka tidak sepatutnya menggali semula sayap ayam yang dibuang.
Dipercayai beberapa buah lori membawa sayap ayam sejuk beku yang diimport daripada New Zealand untuk dibuang dalam lubang besar yang kemudian ditimbus. – BERNAMA
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2nFvV9z✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment